30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MP Petaling Jaya letak jawatan ahli MPP PKR

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung hari ini mengumumkan meletakkan jawatan sebagai ahli majlis pimpinan pusat (MPP) PKR.

    Lee yang dilihat sebagai antara penyokong bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli - yang kini menerajui parti serpihan Parti Bersama Malaysia (Bersama) - bagaimanapun berkata dia kekal sebagai ahli parti.

    "Setelah 18 tahun menyertai PKR dan lapan tahun menyandang jawatan di peringkat pusat parti, hari ini saya secara rasmi meletakkan jawatan sebagai ahli MPP.

    "Namun saya kekal sebagai anggota parti dan akan terus menjalankan tugas sebagai anggota Dewan Rakyat sehingga parlimen dibubarkan," katanya dalam kenyataan media.

    MENARIK:  Wan Saiful gesa tangguh pembentangan RUU URA

    Lee yang turut hadir majlis pengumuman pengambilalihan Parti Bersama Malaysia (Bersama) oleh Rafizi dan bekas naib presiden Nik Nazmi Nik Ahmad sebelum ini dilihat berdepan tekanan dari dalam parti.

    Ini termasuklah sekatan akses portal dalam talian MyKhas, yang antara lain digunakan untuk menguruskan peruntukan pembangunan kawasan.

    Timbalan Setiausaha Agung PKR, Bryan Ng mempertahankan sekatan itu - yang turut dikenakan kepada seorang lagi ahli parlimen pro-Rafizi, Ahli Parlimen Subang Wong Chen - sebagai akibat "pilihan politik mereka sendiri".

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah