26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kami Buat Homework Hasilkan Lagu..Janganlah Bandingkan Dengan Robot, Sangat Tidak Adil’ – Syura

    Shopee Sale

    Penyanyi Syura tampil memberikan pandangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan lagu yang menjadi topik hangat di media sosial sejak kebelakangan ini.

    ‘Jangan bandingkan manusia dengan robot’

    Menerusi satu hantaran balas di Threads, Syura atau nama lengkapnya Zuraidah Badron, 40, menegaskan bahawa karya seni yang dihasilkan manusia tidak wajar dibandingkan dengan muzik yang dijana menggunakan teknologi AI.

    Menurut penyanyi lagu Nazam Berkasih itu, setiap karya yang dihasilkan oleh artis melalui proses yang panjang, memerlukan usaha, masa dan kos.

    Saya artis sendu bang, tapi alhamdulillah, belum pernah nyanyi berpandukan nyanyian AI. Kita buat ‘homework’, keluar duit sendiri untuk hasilkan seni itu.

    Tapi janganlah bandingkan manusia dengan robot, sangat tidak adil,.

    Syura berkata demikian sebagai mengulas satu hantaran pengguna Threads yang mendakwa lagu AI mempunyai kelebihan tersendiri dan menyifatkan artis yang menolak teknologi tersebut sebagai golongan yang lemah serta tidak mampu bersaing dengan AI.

    MENARIK:  [VIDEO] Filem Blood Brothers: Bara Naga Terus Cipta Sejarah, Raih 21 Juta Kutipan!

    Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju bahawa karya yang dihasilkan manusia memiliki nilai emosi dan jiwa tersendiri yang sukar ditandingi atau digantikan sepenuhnya oleh teknologi AI.

    Sumber: Threads

    The post ‘Kami Buat Homework Hasilkan Lagu..Janganlah Bandingkan Dengan Robot, Sangat Tidak Adil’ – Syura first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah