31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anggota polis cedera ditumbuk, dibaling rim motosikal dalam balai

    Shopee Sale

    Seorang anggota polis mengalami lebam di bahagian mata kanan dan bahu serta bengkak di bahagian kaki kiri, selepas diserang seorang lelaki di Balai Polis Mutiara Rini di Iskandar Puteri, Johor, semalam.

    Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata suspek berusia 22 tahun itu bertindak membaling satu rim motosikal dan menumbuk muka anggota bertugas di kaunter aduan dalam keadaan agresif.

    Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian kira-kira 3.40 petang dan suspek berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan dengan pihak polis.

    MENARIK:  'Kerajaan akur desakan MCA, tarik balik larangan LPG'

    "Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Dia yang kelihatan seperti kurang siuman telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk pemeriksaan lanjut, " katanya dalam kenyataan hari ini.

    Kumarasan berkata satu beg silang mengandungi sebilah pisau dan satu rim motosikal turut dirampas.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah