Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri telah berangkat ke Tanah Suci pada pagi Ahad bagi menunaikan ibadah umrah bersama ahli keluarga serta sebahagian kakitangan syarikatnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dulu Saya Kedekut Dengan Isteri, Hanya Beri Duit Cukup-Cukup Saja’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: ‘Ramai Staff Pertama Kali Nak Pergi’ – Shahida Bakal Berangkat Tunai Umrah Bersama Keluarga & 60 Orang Pekerja
Umrah bersama keluarga & staff

Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff, 38, memaklumkan perjalanan ke Makkah itu turut disertai isterinya, Datin Seri Shahida Mohd Rashid, enam orang cahaya mata, keluarga mentua serta beberapa pekerja daripada syarikat D’Herbs.
Alhamdulillah, hari ini (Ahad) saya bersama keluarga dan sebahagian staf D’Herbs berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.
Dalam pada itu, Aliff turut meluahkan rasa syukur apabila dapat berkongsi rezeki dan peluang menunaikan ibadah bersama mereka yang selama ini banyak berjuang bersamanya dalam perniagaan.
Tiada yang lebih membahagiakan selain dapat berkongsi rezeki dengan insan-insan yang sama-sama berjuang bersama papa.
Aliff turut berdoa agar segala urusan perjalanan umrah dipermudahkan, selain berharap ibadah yang dilakukan diterima Allah SWT serta dikurniakan umrah yang mabrur.
Doakan semoga perjalanan ibadah kami dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik dan pulang dengan hati yang lebih tenang serta penuh keberkatan.
Insya-Allah, jika diizinkan Allah SWT, saya berharap lebih ramai lagi team dapat menjadi tetamu-Nya pada masa akan datang. Semoga Allah menerima setiap amalan kita semua.
Terdahulu, isterinya, Shahida memaklumkan bahawa seramai 60 kakitangan serta rakan niaga turut dibawa menunaikan ibadah umrah dalam rombongan berkenaan.
Sumber: TIkTok
The post Aliff Syukri Satu Keluarga & 60 Pekerja Berangkat Tunai Umrah first appeared on OHBULAN!.





