Penyanyi dan komposer, Aisha Retno memberi bayangan awal mengenai susunan muzik yang bakal dipersembahkan menerusi lagu Tak Adil pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Kembali Dengan ‘Diari Air Mata’, Sarat Kisah Luka & Pengorbanan Cinta
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Mohon Maaf Selepas Ditegur Salah Pakai Aksesori Etnik Iban, Janji Akan Lebih Teliti
Spill arrangemnet

Menerusi hantaran di Threads, Aisha, 25, dilihat ‘membocorkan’ sedikit susunan muzik atau arrangement lagu Tak Adil sebagai teaser buat para peminat menjelang pentas berprestij itu.
Nah hint arrangement Tak Adil AJL40. Saya murah hati sikit nak spill, ok tak guys? Gimik ini dah fikir dua tiga kali dah nak buat.
Dalam hantaran sama, Aisha turut berkongsi sekeping foto helaian nota yang memaparkan lakaran susunan lagu serta perancangan gubahan muzik yang disediakan untuk persembahannya.
Berdasarkan nota tersebut, lagu Tak Adil dijangka menampilkan beberapa elemen menarik termasuk bahagian interlude, music break serta beberapa teknik vokal dan persembahan yang dirancang khas untuk malam berkenaan.
Bagaimanapun, kandungan pada helaian nota itu telah diconteng dan hanya memperlihatkan beberapa bahagian serta cebisan lirik secara samar-samar, sekali gus membuatkan peminat semakin berdebar.
Untuk rekod, Aisha bakal mempertandingkan lagu ciptaan sepenuhnya sendiri berjudul Tak Adil pada malam kemuncak AJL40 yang dijadual berlangsung pada 15 Ogos depan di Unifi Arena, Bukit Jalil.
Tiket AJL40 kini boleh didapati menerusi laman web rasmi http://www.wowtic.com.my.
The post AJL40: Aisha Retno ‘Bocor’ Sedikit Arrangement Lagu Tak Adil – ‘Gimik Ini Dah Fikir Dua Tiga Kali’ first appeared on OHBULAN!.





