32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Asyik Kecam Je, Cuba Sesekali Terima Karya Saya’ – Kelly Azman

    Shopee Sale

    Selebriti versatil, Kelly Azman tampil mempertahankan karya terbaharunya selepas menerima pelbagai reaksi daripada netizen susulan pelancaran lagu cover Aku Nak Kawin, nyanyian asal Andi Bernadee.

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Bukan Kerana Saya, Lagu Kamu, Lemah & Nurcinta Takkan Ke Final AJL40’

    Raikan karya

    Menurut Kelly, video yang dimuat naik di media sosial miliknya telah mengundang pelbagai pandangan, termasuk kritikan dan komen negatif. Bagaimanapun, perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya.

    Ini hanyalah hiburan. Semua orang dalam industri menerima karya saya. Saya menghormati setiap pandangan, tetapi saya juga berhak untuk berkarya dan berkongsi kreativiti saya dengan orang ramai.

    Kelly menjelaskan, lagu Aku Nak Kawin merupakan projek cover song terbaharunya yang dihasilkan sebagai tanda penghargaan terhadap karya asal, selain bertujuan menghiburkan peminat.

    Di Malaysia, mungkin tidak ramai yang berani melakukan apa yang saya lakukan. Saya tampil dengan gaya saya sendiri dan saya selesa dengan identiti itu.

    Netizen pun asyik nak kecam je, cuba sesekali terima karya saya dan raikan semua karya yang ada di Malaysia.

    Kepada semua netizen, jangan terlalu serius. Ini hanyalah hiburan semata-mata. Tidak perlu menilai saya secara berlebihan kerana tujuan saya hanyalah untuk menghiburkan.

    Mengulas mengenai kecaman yang diterima, Kelly mengakui sudah lama berdepan dengan pelbagai komen negatif sepanjang bergelar figura awam dan menganggap hal itu sebagai lumrah dalam dunia hiburan.

    MENARIK:  Bakal Mengegarkan Stadium Merdeka, Jom Ramai-Ramai Meriahkan Konsert ‘Watsons Futureland’ November Ini!

    Kelly turut menegaskan akan terus menghasilkan lebih banyak kandungan kreatif pada masa akan datang dan berharap setiap karya yang dihasilkan dapat diterima sebagai hiburan.

    Saya sudah lali dengan tomahan dan kecaman. Saya memilih untuk terus positif dan menghasilkan karya buat mereka yang menghargainya.

    The post ‘Asyik Kecam Je, Cuba Sesekali Terima Karya Saya’ – Kelly Azman first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah