30.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Marissa Nafi Ketepikan Abby, Tak Pernah Lebihkan Norman & Memey – ‘Tiada Siapa Mahu Bergaduh Dengan Ibu Sendiri’

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Marissa Dania menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia sering mengetepikan ibu kandungnya, Abby Abadi dan lebih mengutamakan bapanya, Norman Hakim dan ibu tirinya, Memey Suhaiza.

    Artikel Berkaitan: ‘Menangis Sampai Terkencing… Bersalin Dalam Kereta, Ada Dia Peduli?’ – Abby Abadi Trauma, Diuji Sejak Hamil Anak Pertama

    Artikel Berkaitan: ‘Dua Tahun Saya Biarkan Marissa Dania Berada Dalam Hubungan Yang Menyusahkan’ – Abby Abadi

    Tak pinggirkan Abby

    Marissa, 21, menjelaskan tanggapan tersebut tidak berasas kerana dia tidak pernah meminggirkan ibunya dalam apa jua urusan, sebaliknya memilih untuk tidak berkongsi hal-hal peribadi kepada umum.

    Menurutnya, keputusan untuk berdiam diri adalah demi menjaga privasi keluarga dan mengelakkan perkara yang dikongsikan disalah tafsir atau tersebar di media sosial.

    Saya tak pernah ketepikan mama (Abby). Kalau fasal hal personal saya tidak kongsi dengan sesiapa melainkan mereka yang bertanya. Saya tak nak apa yang saya kongsi akan dikongsikan semula di media sosial.

    Marissa berkongsi perkara itu ketika menjawab soalan pengikut menerusi sesi soal jawab (Q&A) di Instagram Story miliknya pada Ahad.

    Bagi menepis tanggapan negatif yang timbul, Marissa turut memuat naik tangkapan skrin perbualan bersama Abby menerusi aplikasi WhatsApp sebagai bukti bahawa hubungan mereka masih baik.

    Ada perasaan dan hati

    Dalam hantaran berasingan, Marissa menjelaskan sikapnya yang memilih untuk berdiam diri bukan kerana tidak mempunyai perasaan, sebaliknya sebagai tanda hormat kepada ibunya dan semua pihak yang terlibat.

    Menurutnya, dia sedar pelbagai tohmahan dan spekulasi mula dilemparkan terhadap dirinya sejak selesai urusan pengesahan lafaz cerai dan rujuk bersama bekas suami di mahkamah baru-baru ini.

    Diam saya bukan bererti tidak mempunyai perasaan. Sebaliknya, tanda hormat. Mama memilih untuk bersuara di media sosial, namun itu tidak bermaksud segala perkara juga perlu saya balas di ruang yang sama.

    Saya memilih untuk menghormati dan menjaga hubungan ini secara peribadi. Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu mahu bermula dari mana.

    Terlalu banyak perkara yang telah berlaku. Semuanya berterusan sejak saya selesai urusan di mahkamah dua minggu lalu dan masih berlanjutan sehingga hari ini tanpa henti.

    Marissa turut menggesa orang ramai agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan atau melemparkan kata-kata yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

    Sekiranya ada sesiapa yang benar-benar ingin mengetahui perkara sebenar, bertanyalah secara baik. Jangan terlalu mudah mengeluarkan kata-kata yang tidak baik tentang orang lain.

    Saya sendiri tidak pasti sama ada mama merujuk kepada saya atau orang lain. Namun, apabila sesuatu perkara diungkapkan secara terbuka, itu membuka terlalu banyak ruang untuk pelbagai andaian.

    Hakikatnya, tiada siapa yang mahu bergaduh atau bermusuhan dengan ibu sendiri.

    Terdahulu, Abby meluahkan isi hatinya menerusi satu hantaran di media sosial dengan mengakui masih berdepan trauma terhadap ujian yang pernah dilalui ketika mendirikan rumah tangga bersama bekas suaminya, Norman Hakim.

    MENARIK:  Asyalliee Nafi Dakwaan Jadi Kaki Buli Di Sekolah – ‘Tunjukkan Diri Kamu Wahai Pemfitnah’

    Sumber: Instagram

    The post Marissa Nafi Ketepikan Abby, Tak Pernah Lebihkan Norman & Memey – ‘Tiada Siapa Mahu Bergaduh Dengan Ibu Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah