30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN Johor: Anwar rancakkan kempen, tujuh program menanti hari ini

    Shopee Sale

    Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim merancakkan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 gabungan itu hari ini menerusi siri jelajah padat membabitkan tujuh program di sekitar negeri ini.

    Berdasarkan jadual yang dikongsi menerusi laman Facebook rasmi beliau, Anwar akan memulakan program hari ini dengan menyantuni pengundi menerusi Program Kita Geng MADANI x Anak Muda Bukit Batu di Taman Tropika, Kulai pada 3.30 petang.

    Beliau kemudian dijadual meluangkan masa bersama pelbagai lapisan masyarakat pada Majlis Hi-Tea Bersama Pimpinan Masyarakat Johor di sebuah hotel di sini pada 4.50 petang, sebelum bergerak ke Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) di Taman Melor, Tampoi pada 6 petang.

    Momentum diteruskan pada sebelah malam dengan kehadiran Perdana Menteri ke Malam Kebudayaan India Harapan Bersama PMX di Taman Tampoi Indah pada 7.45 malam, disusuli Majlis Makan Malam Komuniti Cina Bersama PMX di Johor Bahru pada 8.35 malam.

    MENARIK:  PM sakat Tiong, menteri patut bawa masuk duit, bukan minta lebih

    Fokus mendekati golongan muda seterusnya diperhebat menerusi sesi Dialog Belia Johor di Dewan Felda Ulu Tebrau pada 9.30 malam.

    Siri jelajah sehari yang sarat dengan pengisian itu dijadual melabuhkan tirainya menerusi program Malam Anak Muda Kempas di pekarangan Medan Selera Cempaka, Kempas pada 10.45 malam.

    Esok, Anwar turut dijadual meneruskan momentum di Johor dengan lapan lagi program bagi menyuntik semangat dan dukungan kepada calon serta jentera gabungan parti itu.

    Pada PRN kali ini, PH meletakkan calon di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkumi 20 calon PKR, 19 calon Amanah dan 17 calon DAP.

    Secara keseluruhan, PRN Johor menyaksikan sebanyak 172 calon bertanding dengan hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.

    Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah