32.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Taylor Swift Sah Bergelar Isteri Travis Kelce

    Shopee Sale

    Penyanyi terkenal antarabangsa, Taylor Swift akhirnya menamatkan zaman bujang apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan bintang bola sepak Amerika, Travis Kelce, dalam sebuah majlis yang berlangsung pada Sabtu.

    Artike Berkaitan: Taylor Swift Malu Tak Sengaja Rosakkan Cincin Vintage, Harga Hampir RM57,000

    Swift & Travis berkahwin

    Pasangan berusia 36 tahun itu memilih Madison Square Garden, New York City sebagai lokasi bagi meraikan hari bahagia mereka dalam suasana mewah yang turut dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.

    Menurut wakil Taylor, kedua-duanya tampil anggun mengenakan persalinan istimewa daripada Christian Dior Haute Couture yang direka khas oleh Jonathan Anderson sempena majlis bersejarah tersebut.

    Menariknya, pasangan itu tidak mengikut tradisi dengan melantik pengiring pengantin perempuan dan lelaki. Sebaliknya, abang Taylor, Austin Swift diberikan penghormatan sebagai Man of Honor, manakala abang Travis, Jason Kelce memegang peranan sebagai Best Man.

    Majlis itu turut dikendalikan oleh pelakon dan pelawak terkenal, Adam Sandler yang juga merupakan sahabat rapat kepada pasangan berkenaan.

    MENARIK:  Ailee & Choi Si Hoon, Peserta Single’s Inferno Dah Rancang Nak Berkahwin

    Sebaik sahaja rasmi sebagai suami isteri, ribuan peminat yang berada di luar lokasi turut menyaksikan paparan mesej “JUST T&T MARRIED!” pada skrin gergasi di Madison Square Garden sebagai simbolik meraikan penyatuan pasangan sensasi itu.

    Hari istimewa tersebut turut diserikan dengan kehadiran ramai selebriti terkenal antaranya Gigi Hadid, Bradley Cooper, Dakota Johnson, Ed Sheeran, Ellie Goulding, Karlie Kloss, Hugh Grant, Jimmy Fallon serta Tommy Hilfiger.

    Untuk rekod, hubungan cinta Taylor dan Travis mula menjadi perhatian ramai selepas mereka dikatakan bercinta pada September 2023, tidak lama selepas penyanyi itu mengakhiri hubungan bersama pelakon Joe Alwyn.

    Pasangan berkenaan kemudiannya mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu sebelum disatukan sebagai suami isteri.

    Sumber: NST

    The post Taylor Swift Sah Bergelar Isteri Travis Kelce first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah