Pelakon, Nabila Huda berkongsi rutin penjagaan kulit wajahnya yang diamalkan bagi mengekalkan kesihatan dan seri wajah.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bersedia Nak Bersilat’ – Nabila Huda
Artikel Berkaitan: ‘Rasa Too Overated’ – Nabila Huda Tak Gemar Kongsi Kebahagiaan Di Media Sosial, Perjelas Suami Tak Suka Spotlight
Sapu minyak kelapa
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, pemilik nama Nabila Huda mendedahkan bahawa rutin kecantikan yang diamalkannya cukup ringkas, iaitu dengan menyapu minyak kelapa ke seluruh wajah sebelum tidur.
Ramai yang tanya, macam mana saya jaga kulit muka.
Jawapannya, sebelum tidur saya akan sapukan minyak kelapa ke seluruh wajah.
Selepas itu, saya minum juga minyak kelapa ini.
Gigi sihat

Dalam masa sama, aktres filem ‘Gayong’ itu turut berkongsi bahawa penjagaan giginya juga menggunakan bahan yang sama, iaitu dengan cara berkumur menggunakan minyak kelapa bagi mengekalkan warna gigi yang putih dan sihat.
Ada juga yang tanya macam mana saya jaga gigi supaya kekal putih.
Gigi saya pun ori, tak ada gigi palsu atau apa-apa.
Jawapannya sama juga, saya akan berkumur dengan minyak kelapa, kemudian gosok gigi seperti biasa menggunakan berus gigi.
Tambahnya lagi, langkah penting dalam menjaga kekemasan gigi adalah dengan memakai pendakap gigi jenis ‘invisible aligner’ bagi memastikan susunan gigi kekal teratur dan kemas.
Last sekali, ini yang paling penting untuk menjaga gigi, saya menggunakan invisible aligner.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Sebelum Tidur Saya Sapu Minyak Kelapa Ke Seluruh Wajah’ – Nabila Huda Kongsi Rutin Penjagaan Kulit first appeared on OHBULAN!.



#Fyp 

