Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan, tampil menegur sikap seorang individu yang dipercayai memperlekehkan baju muslimah yang dijualnya.
Artikel Berkaitan: Netizen Suruh Jangan Post Di Media Sosial Sebab Dah Berniqab, Ini Jawapan Tya Adnan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tya Adnan Reka Pakaian Sukan Muslimah, Netizen Beri Sokongan Penuh – ‘Nak Aktif Tak Semestinya Kena Ketat’
Bahan jenaka

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 34, berkongsi komen berbaur sindiran yang diterimanya daripada seorang netizen ketika sedang berniaga secara siaran langsung.
Dah beli 2 helai.
Nak buat kain langsir bilik anak.
Bagaimanapun, komen tersebut memberi rasa kurang senang kepada Tya yang berpendapat pakaian muslimah tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka.
Tegas Tya, jika tidak mampu menghormati peniaga sekurang-kurangnya hormatilah pakaian muslimah yang membawa mesej menutup aurat.
Bimbang bila sesuatu yang sepatutnya dimuliakan dijadikan bahan jenaka.
Kami menjual pakaian untuk membantu wanita menutup aurat.
Kalau tak menghormati kami sebagai peniaga, sekurang-kurangnya hormatilah pakaian yang membawa syiar menutup aurat.
Sumber: Threads @tyaadnan
The post Tya Adnan Tegur Sikap Individu, Kecewa Baju Muslimah Dijadikan Bahan Jenaka – ‘Kami Jual Pakaian Untuk Bantu Wanita Tutup Aurat’ first appeared on OHBULAN!.





