Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-101 kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatan-Nya, insya-Allah,” kata beliau dalam catatan menerusi Facebook.
Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah dan pernah menjawat jawatan perdana menteri sebanyak dua kali, iaitu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003 serta sekali lagi dari 2018 hingga 2020.
Ketika dilantik semula pada usia 92 tahun, beliau menjadi Perdana Menteri tertua di dunia.





