
Sekadar gambar hiasan
Obstructive Sleep Apnea (OSA) termasuk masalah berdengkur bukan sekadar gangguan tidur biasa, tetapi boleh mengancam nyawa seseorang.
Risiko berdengkur
Menerusi video yang dikongsikan oleh Dr Tengku di TikTok, menjelaskan bahawa individu yang berdepan masalah OSA berisiko mengalami kekurangan oksigen sewaktu tidur.
Hal ini kerana, berdengkur akan membuatkan mereka berhenti bernafas secara berkala. Keadaan ini menyebabkan tahap oksigen dalam darah menurun, sekali gus mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
Mereka kekurangan oksigen sewaktu tidur sebab dia berhenti bernafas. Jadi kandungan oksigen dalam darah berkurang ketika itu.
Oksigen yang pergi ke jantung pun berkurang, jadi akan berlakunya gangguan kepada jantung sehingga menyebabkan degupan jantung tu menjadi perlahan atau berhenti seketika.
Jadi pesakit OSA memang ada risiko berdepan masalah degupan jantung berhenti, meningkatkan risiko kematian mengejut semasa tidur.
Oleh itu, penting bagi individu yang mengalami simptom berdengkur kronik atau sesak nafas ketika tidur untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan bagi mengelakkan komplikasi lebih serius.





