Pelakon Fasha Sandha menerima segala kecaman dan teguran daripada netizen berhubung penampilannya yang dikatakan tidak bertudung dalam beberapa buah drama tempatan.
Artikel Berkaitan: ‘I Love My Job, Hanya Allah Yang Layak Judge Kami’ – Fasha Sandha Dedah Realiti Penggambaran, Pengorbanan Anak Seni
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Tidak Hutang Penjelasan Tampil ‘Free Hair’ Dalam Drama Baharu – ‘Lebih Baik Fokus Isu Minyak’
Fasha Sandha terima teguran isu penampilan

Ketika ditemui , pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, 42, sebaliknya menganggap teguran tersebut sebagai tanda mereka mengambil berat terhadap dirinya.
Saya ambil semuanya dari sudut positif dan anggap mereka ambil berat.
Kalau nak menjadi seorang pelakon atau selebriti, kena ada mental yang kuat dan bersedia dengan macam-macam kecaman dan sebagainya.
Saya hanya lakukan tugas sebagai pelakon dan beri yang terbaik. Harap setiap karya lakonan dapat berikan mesej positif kepada penonton.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini mengakui sudah mempersiapkan mental untuk berdepan pelbagai kecaman, apatah lagi dirinya bergelar anak seni yang sentiasa menjadi perhatian umum.
Saya okey saja dan untuk berada dalam industri terus seni tanah air. Saya sendiri yang memilih untuk berada dalam industri ini dan menjadi seorang pelakon.
Jadi, mental saya sudah kuat untuk menerima segala kecaman dan teguran para netizen. Pada saya mereka mengambil berat.
Ditanya mengenai penampilannya itu, Fasha enggan mengulas lanjut dan kekal dengan pendirian untuk tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai keputusannya tampil tanpa tudung dalam beberapa adegan drama lakonannya, termasuk karya Kasih Yang Terkorban.
Masih tiada komen mengenainya sebab saya rasa perkara itu tidak memerlukan sebarang penjelasan.
Kalau saya jelaskan, ada yang anggap itu salah kerana pemahaman dan kepercayaan setiap individu berbeza.
Jadi, lebih baik saya simpan semua alasan itu sendiri. Kalau mereka sayangkan saya, tiada penjelasan yang diperlukan.
Sebelum ini, penampilan Fasha yang tidak lagi berhijab dalam beberapa drama mencetuskan persoalan dalam kalangan penonton.
Namun pelakon itu memilih untuk mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut.
The post ‘Mental Saya Sudah Kuat Untuk Terima Segala Kecaman & Teguran Netizen’ – Fasha Sandha first appeared on OHBULAN!.





