31.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiket tren, bas habis: Pengundi dijangka ramai balik – Loke

    Shopee Sale

    PRN JOHOR | Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berharap peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok melebihi 70 peratus bagi memastikan kerajaan yang dipilih benar-benar mencerminkan suara majoriti rakyat.

    Beliau berkata kadar keluar mengundi yang tinggi merupakan antara petunjuk penting kepada kematangan sistem demokrasi negara kerana menunjukkan kesediaan rakyat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

    “Kalau kita hanya mendapat separuh daripada pengundi yang mengambil bahagian dalam sistem pilihan raya, itu akan menimbulkan isu kredibiliti atau keabsahan sesebuah kerajaan kerana ia tidak mewakili majoriti suara pengundi.

    “Kalau kita nak sistem demokrasi Malaysia terus subur, terus ada kelangsungan, maka peratusan pengundi yang tinggi adalah satu parameter yang penting,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bilik Gerakan Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seremban Jaya, di Seremban, hari ini.

    Loke, yang juga Menteri Pengangkutan turut yakin sasaran itu mampu dicapai memandangkan tiada lagi sekatan perjalanan seperti ketika Covid-19 yang menjejaskan kadar keluar mengundi pada PRN Johor 2022.

    Pada PRN lepas, beliau berkata kadar keluar mengundi sekitar 54 peratus berikutan penutupan sempadan yang menyebabkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tidak dapat pulang untuk mengundi.

    Selain itu, Loke berkata keyakinan itu turut disokong sambutan luar biasa terhadap perkhidmatan pengangkutan awam apabila tiket tren dan bas ekspres sama ada dari Kuala Lumpur atau Singapura ke Johor Bahru habis dijual sejak seminggu lepas.

    MENARIK:  Mexico saman Google kerana tukar nama Gulf of Mexico

    Katanya, semua perjalanan tambahan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru juga mendapat sambutan memberangsangkan, sekali gus mencerminkan kesungguhan pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

    Tumpang kereta kawan

    “Ada pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya menyediakan bas untuk pulang (ke Johor), semuanya pun dah penuh.

    "Jadi ini satu isyarat baik, kalau tak dapat beli tiket pengangkutan awam, mungkin boleh tumpang kereta kawan-kawan untuk balik ke kawasan masing-masing,” katanya.

    Pada majlis tersebut, Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu turut mengumumkan pegawai penyelidik kepada Exco Kerajaan Negeri Sembilan J. Arul Kumar iaitu S. Mugunthan, 40, sebagai calon baharu DAP bagi DUN Seremban Jaya pada PRN Negeri Sembilan ke-16, menggantikan penyandangnya Datuk P. Gunasekaren yang memenangi kerusi itu (dikenali sebagai DUN Senawang sebelum persempadanan semula) sejak 2008.

    Beliau berkata pengundian Mugunthan dibuat berdasarkan komitmen beliau dan memiliki pengalaman dalam pilihan raya sama ada di peringkat kawasan serta pentadbiran, sekali gus berharap calon itu mendapat sokongan daripada pengundi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah