Isteri kepada pelakon Fizo Omar, iaitu Fazeera Nazri mengakui kehidupan sebagai ibu serta komitmen terhadap kerjaya menuntut pengorbanan besar, terutama dalam menguruskan masa dengan sebaiknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazeera Nazri Kongsi Sikap Prihatin, Penyayang Ibu Fizo Omar – ‘Semasa Mengandung, Dia Tidak Benarkan Saya Lakukan Kerja’
Artikel Berkaitan: ‘Takkan Nak Cerita Satu Dunia Apa Suami Saya Beri’ – Isteri Fizo Omar
Korbankan demi keluarga
Menerusi sesi temu bual bersama program Majalah Nona, Fazeera mengakui dia sanggup mengorbankan kehidupan sosial bersama rakan-rakan demi memberi tumpuan kepada keluarga serta kerjayanya.
Orang selalu tanya macam mana golongan mak bila ada ramai anak, dan komitmen lain, macam mana nak bahagikan masa?
Bila something tu dah terjadi pada kita, baru kita tahu, sebenarnya kita boleh buat.
Tapi sebenarnya, tak ada pun istilah macam keseimbangan kerja dan kehidupan.
Cuma, untuk kita nak seimbangkan semua itu, kita ada sesuatu yang perlu dikorbankan.
Saya korbankan kehidupan sosial saya, dah tak bergaul dengan kawan-kawan.
Sebagai bekas pramugari, memang saya ada kawan dari seluruh pelusuk dunia.
Tapi saya memang cut off terus demi mengimbangi kehidupan keluarga dan kerjaya.
Dalam masa sama, Fazeera menegaskan dia tidak menganggap pengorbanan tersebut sebagai satu kehilangan, sebaliknya bersyukur dengan kehidupannya kini yang lebih banyak diluangkan bersama keluarga.
Itulah pengorbanan yang saya rasa sangat happy untuk korbankan, supaya boleh kembangkan keluarga and kerjaya saya.
Saya tak keluar sangat, dan jarang.
Kalau keluar pun mesti bercuti dengan family.
Dah tak ada dah kawan-kawan ni semua.
Saya tak rasa itu sebagai kehilangan.
OOTD dekat Pavilion zaman dulu-dulu tu tak ada dah, realitinya semua OOTD dengan anak
Untuk info, Fazeera mendirikan rumah tangga dengan Fizo pada Oktober 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Saya Memang Cut Off Kawan-Kawan Demi Keluarga & Kerjaya’ – Fazeera Nazri first appeared on OHBULAN!.





