Pelakon Abby Abadi tersentuh apabila menerima seutas gelang emas daripada anak perempuannya, Marissa Dania Hakim.
Abby tersentuh, terharu
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, meluahkan rasa syukur dan terharu dengan pemberian tersebut.
Ujarnya dia kini berkesempatan merasai hasil kejayaan dan rezeki anak-anak.
Terima kasih adik. Tangan adik sudah penuh sebab memang magnet rezeki. Rezeki adik selalu murah dan kali ini dia pula buat perkara yang sama kepada saya.
Muda-muda lagi adik dah lalui pengalaman yang mendawasakan. Belajar dari pengalaman. Api dalam sekam tu jangan percaya lagi tau.
Dalam pada itu, Abby menjelaskan pemberian barang kemas kepada anak-anak bukan perkara baharu kerana dia sudah membiasakan diri menghadiahkan barangan kemas sejak mereka kecil.
Saja nak kongsi, memang sejak kecil saya suka belikan gelang dan rantai emas untuk anak-anak perempuan, semua merasa kecuali anak lelaki.
Menurutnya, perkongsian tersebut dibuat bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya bagi menjawab dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan hubungan baiknya dengan anak-anak hanya disebabkan pemberian hadiah.
Saya tulis perkara ini sebab ada yang buat cerita kononnya berbaik hanya sebab dapat emas, tidak begitu dan jangan buat cerita sesuka hati termasuk kata saya berdrama dan burukkan anak.
Saya buat tajuk ni sebab ada yang buat cerita kata sebab dapat emas saya berbaik. Janganlah asal boleh je buat cerita. Kata dramalah, burukkan anaklah.
Jelas Abby lagi, luahannya sebelum ini bukanlah ditujukan kepada anak keduanya itu sebaliknya kepada pihak tertentu.
Saya tulis tentang trauma sebab sudah lama simpan. Memang sejak anak-anak masih dalam kandungan lagi, saya berjuang seorang diri.
Ditujukan kepada mereka yang menyebabkan mama terpaksa berjuang sendirian. Takkanlah itu pun tak faham?
Bila cerita sikit, orang kata tak habis-habis tetapi bila diam, ada pula yang pandai-pandai reka cerita.
Sumber: Instagram Abby Abadi
The post [VIDEO] Abby Abadi Tersentuh Marissa Hadiahkan Gelang Emas – ‘Adik Memang Magnet Rezeki’ first appeared on OHBULAN!.





