28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ayie Floor 88 Bakal Sertai ‘Walk A Town With Me’, Sasaran 30,000 Peserta Di Pahang

    Shopee Sale

    Penyanyi, Ayie Floor 88 bakal memeriahkan program ‘Walk A Town With Me’ Pahang 1st anjuran Majlis Belia Negeri Pahang.

    Artikel Berkaitan: Haqiem Rusli Dedah Isteri Banyak Bentuk Sikap & Pemikiran

    Artikel Berkaitan: ‘Dia Sangat Baik Dengan Saya…’ – Zaiton Sameon Simpan Hasrat Tunai Haji Bersama Anak Angkat

    Ayie Floor 88 ajak ramai-ramai berjalan

    Menurut Ayie, dia berasa teruja untuk menjadi sebahagian daripada program yang memberi manfaat kepada masyarakat.

    Ayie turut mengajak rakyat Pahang dan peminat Floor 88 menyertai ‘Walk A Town With Me’ sambil meluangkan masa bersama keluarga serta mengamalkan gaya hidup sihat menerusi aktiviti berjalan kaki.

    Saya mengajak seluruh rakyat Pahang dan peminat Floor 88 untuk turun beramai-ramai menyertai ‘Walk A Town With Me’.

    Selain dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan, kita juga dapat mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan kaki.

    Insya-Allah saya akan bersama Tok Wan pada 12 Julai di KOMBES, Kuantan dan saya harap dapat bertemu anda semua di sana. Jom kita sama-sama meriahkan program ini dan tunjukkan semangat rakyat Pahang.

    Program komuniti berskala besar itu menyasarkan penyertaan seramai 30,000 peserta dari seluruh negeri Pahang serta bakal berlangsung di sembilan lokasi terpilih di seluruh negeri.

    Antara lokasi yang terlibat termasuk Kuantan, Maran, Jengka, Bentong dan Kuala Lipis, sebelum siri jelajah diteruskan ke Pekan, Indera Mahkota, Bera serta Temerloh.

    Sebagai lokasi pembukaan, Ayie Floor 88 akan bersama YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (Tok Wan) bagi menjayakan program ‘Walk A Town With Me’ pada 12 Julai ini (Ahad).

    MENARIK:  Puteri Sarah Dicabar RM1 Juta, Pegawai Pemasaran Tersangka Penyalah Gunaan Dadah & Mempertahankan ‘Andy’

    Program tersebut akan berlangsung dari 7.30 malam hingga 11.00 malam bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang (KOMBES), Kuantan.

    Kongsi keunikan Pahang

    Dianjurkan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan masyarakat, program ini menghimpunkan rakyat Pahang daripada pelbagai peringkat umur menerusi aktiviti riadah yang sihat dan menyeronokkan.

    Selain itu, ‘Walk A Town With Me’ turut membawa misi memperkenalkan budaya, warisan serta keunikan setiap daerah di Pahang, di samping memupuk semangat cintakan negeri dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti positif.

    Bukan sekadar berjalan kaki bersama-sama, program ini juga memberi penekanan terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti mudah seperti berjalan kaki mampu membantu meningkatkan kecergasan fizikal serta menjadi peluang untuk keluarga dan rakan-rakan meluangkan masa berkualiti bersama.

    Buat peserta yang mendaftar, mereka bakal menerima baju rasmi program dan medal penamat (finisher medal). Selain itu, pelbagai cabutan bertuah dengan hadiah menarik turut menanti sepanjang siri jelajah berlangsung.

    The post Ayie Floor 88 Bakal Sertai ‘Walk A Town With Me’, Sasaran 30,000 Peserta Di Pahang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah