30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jurucakap Hamas Hazem Qassem terselamat serangan udara Israel

    Shopee Sale

    Jurucakap Hamas Hazem Qassem terselamat daripada serangan udara Israel, ketika serangan di seluruh Semenanjung Gaza meragut enam nyawa pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik stesen televisyen Al Arabiya yang berpangkalan di Arab Saudi.

    Seorang sumber keselamatan di Gaza dilaporkan berkata satu daripada serangan udara Israel itu menyasarkan kereta Qassem.

    Qassem tidak berada di dalam kenderaan itu ketika serangan berlaku, namun pengawal peribadinya dilaporkan terbunuh.

    MENARIK:  JDT pesta gol belasah PDRM FC 10-1

    Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terbunuh manakala 20 lagi cedera dalam serangan Israel di seluruh Semenanjung Gaza sepanjang 24 jam lepas, ketika pelanggaran terhadap gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak Oktober lepas terus berlaku.

    Sejak bermulanya tindakan genosid Israel di Gaza pada 8 Okt 2023, seramai 73,118 rakyat Palestin terbunuh dan 173,615 lagi cedera, selain kemusnahan meluas yang menjejaskan kira-kira 90 peratus infrastruktur awam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah