Penyampai radio dan pengacara, Sharifah Shahirah menjelaskan bahawa suaminya, Ijoy Azhari bekerja dan mempunyai sumber pendapatan sendiri, sekali gus menepis tanggapan segelintir pihak yang menganggap tidak bekerja.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Biarlah Orang Anggap Kita Miskin’ – Sharifah Shahirah Beri Respon Dakwaan Suami Tak Bekerja
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mereka Cakap, Mak Kau Tak Ajar Ke?’ – Sharifah Shahirah Nasihat Odah Jangan Gaduh Dengan Netizen
Shiera bukan high maintenance

Menurut Shahirah, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak benar, malah memberi gambaran salah terhadap usaha yang dilakukan suaminya dalam menguruskan keluarga.
Dia (Ijoy) bukan anak orang kaya dan tak ambil duit mak dan bapa, sebaliknya kami bekerja keras untuk membina keluarga.
Kata Shahirah atau mesra disapa Shiera, 52, dia juga bukan berasal daripada keluarga berada dan memilih untuk menjalani kehidupan mengikut kemampuan sendiri.
Saya juga bukan anak orang kaya dan bukan jenis ‘high maintenance’.
Saya pun suka tengok beg tangan dan pergi ‘shopping’ (beli-belah) tapi ia bukan keutamaan, kalau ada rezeki lebih saya belilah.
Tambahnya lagi, pengurusan kewangan yang tidak bijak boleh menjadi punca utama keretakan rumah tangga sekiranya tidak ditangani dengan baik.
Kita juga kena tahu kedudukan di mana kerana kalau tak pandai jaga ‘financial’ (kewangan) memang ‘melingkup’ dan bergaduh laki bini.
Shiera berkata demikian ketika ditemui pada majlis gender reveal anak kepada pelawak dan usahawan, Shuib serta isterinya, Watie Hanifiah, yang berlangsung pada petang Sabtu.
Shiera cukup makan pakai

Mengulas lanjut mengenai kehidupan rumah tangganya, Shiera mengakui pertelingkahan antara suami isteri adalah perkara biasa, khususnya apabila melibatkan soal kewangan.
Jangan cakap saya tak pernah bergaduh dengan suami tentang hal duit. Memang dia (Ijoy) ‘declare’ tak bekerja maksudnya tidak ada majikan.
Tapi suami ada gerai dan cukuplah untuk makan dan pakai serta beli beras. Saya pun tak minta dia belikan gelang emas penuh sampai lengan.
Dalam pada itu, Shiera menegaskan bahawa kehadiran Ijoy di sisi jauh lebih penting berbanding kemewahan material.
Kita kena buat sesuatu untuk jadikan rumah tangga bahagia. Maksudnya, kita faham antara satu sama lain.
Ada orang nak suami kaya tapi tak dapat berada di sisi. Maksudnya, suami yang sentiasa ada untuk mendengar, membantu mengangkat beg dan sebagainya.
Terdahulu, Shiera tampil menjawab tuduhan segelintir netizen yang mendakwa Ijoy hanya bergantung kepada pendapatannya sebagai selebriti.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Shiera menegaskan bahawa peranan Ijoy sebagai ketua keluarga tidak seharusnya dinilai hanya daripada sudut kewangan semata-mata.
Untuk rekod, Shiera mendirikan rumah tangga bersama Ijoy pada tahun 2003 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airel, 22; Airra, 19; Audra, 17; dan Adeena, 10.
Sebelum itu, Shiera pernah berkahwin dengan penyanyi Jatt Ali dan memiliki seorang anak perempuan, Tallisya, 28.
The post [VIDEO] ‘Saya Bukan Jenis High Maintenance, Tak Minta Beli Gelang Emas Penuh Sampai Lengan’ – Sharifah Shahirah first appeared on OHBULAN!.





