Pelakon Angeline Tan berkongsi detik istimewa saat menerima lamaran secara spontan daripada suaminya, iaitu Sabri Yunus.
Artikel Berkaitan: Tak Berani Ambil Risiko, Sabri Yunus Hanya Jawab Pertanyaan Isteri Sahaja – ‘Orang Lain Boleh Terus Tanya Kepada Ustaz’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Suruh Pakai Hijab – ‘Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan’
Tidak fikir apa-apa
Menerusi potongan klip podcast Too Pretty To Handle di TikTok, Angeline berkata ketika itu suaminya tiba-tiba memberhentikan kenderaan, namun dia langsung tidak mengesyaki sebarang perkara.
Masa itu abang (Sabri Yunus) berhenti di tepi jalan, tapi saya fikir mungkin dia nak tengok papan tanda lokasi atau apa-apa.
Lepas itu, dia beritahu saya yang sebenarnya mak dia suka saya.
Saya jadi pelik, kenapa tiba-tiba nak sebut pasal mak dia.
Selepas itu, saya terus tanya dia kenapa tiba-tiba dia cakap mak dia suka saya.
Teringat arwah mak

Dalam pada itu, Sabri Yunus menjelaskan bahawa kata-kata tersebut timbul daripada kenangan bersama arwah ibunya yang pernah menyatakan rasa suka terhadap Angeline sebelum meninggal dunia.
Sebab saya nak mulakan saya teringat masa arwah mak meninggal.
Arwah mak sempat cakap yang dia suka Angeline.
Jadi saya fikir, mungkin itu cara yang lebih power untuk saya mulakan.
Lepas itu, saya pun terus ajak dia berkahwin.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Sabri Yunus Beritahu Yang Mak Dia Suka Saya’ – Angeline Tan first appeared on OHBULAN!.





