29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Prince Syed Berhabis Lebih RM44k, Hadiah Tudung RM35k Bertatahkan Swarovski, Baju & ‘Makeup’ Buat Isteri

    Shopee Sale



    Seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Prince Syed Shahid mencuri perhatian apabila berhabis puluhan ribu ringgit buat isterinya, baru-baru ini.

    Berhabis lebih RM44k buat isteri

    " data-video-id="7381377974601305345">
    @syed.fatin.jaeden.haifa Hadiah tudung bertatahkan Swarovski RM 35 ribu ringgit untuk isteriku tercinta di pagi raya Aidiladha ,baju bernilai RM 9 ribu dan barang mekap dari @1MinuteMiracleHq ? original sound – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa

    Menerusi hantaran di TikTok, Syed Shahid memaklumkan dia menghadiahkan beberapa barang perhiasan seperti tudung, baju dan alatan ‘makeup’ sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

    Apa yang mencuri perhatian ialah, tudung yang dihadiahkan Syed itu begitu istimewa kerana dihiasi dengan batu perhiasan daripada jenama mewah, Swarovski yang harganya mencecah RM35,000.

    Hari ini kan hari raya, jadi saya bagilah hadiah istimewa ini untuk isteri saya lagi pula saya tak tahu nak bagi apa.

    Hadiah tudung bertatahkan Swarovski RM35,000 untuk isteriku tercinta di pagi raya Aidiladha.

    Bukan itu sahaja, Syed juga menghadiahkan baju raya bernilai RM9,000 dan alatan ‘makeup’ yang berharga RM600 buat isteri tercintanya itu.

    Saya juga hadiahkan baju bernilai RM9,000 dan barang ‘makeup’ bernilai RM600 untuk isteriku.

    Ini aja yang saya mampu berikan untuk dia raya haji ini.

    Hantaran tersebut menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya di ruangan komen.

    MENARIK:  Hattan, Black & Hazama Bakal Kongsi Pentas, Konsert Di Plenary Hall 8 Februari Tahun Depan

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seronok melihat gelagat pasangan suami isteri ini yang sentiasa menyokong satu sama lain.

    Netizen turut memuji tindakan Syed yang sering kali melebihkan isterinya dalam apa juga keadaan.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah