26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Neelofa Kongsi Rutin Harian Sepanjang Ramadan, Habiskan 4 Jam Baca Al-Quran 

    Shopee Sale



    Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa berkongsi dengan warganet rutin hariannya sepanjang Ramadan kali ini.

    Jadual Ramadan

    " data-video-id="7480219944794213633" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @lofa.page

    Rutin Ramadan Neelofa ?? *Comel eh dia kalau mengantuk ? #neelofa #naelofar #shopeelive

    ? original sound – Lofa.Page – Lofa.Page

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Neelofa yang sedang mempromosikan jenama pakaiannya memberitahu, dia akan memulakan harinya dengan bangun seawal jam 4.30 pagi.

    Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Nor itu juga memilih untuk bersahur secara sederhana bersama suami.

    Sahur saya bangun 4.30 pagi, ambil air sembahyang dan solat dahulu. Kemudian bersahur dengan kurma dan air sebanyak 500ml. Saya makan madu juga.

    10 minit sebelum azan saya akan kejut Haris dan suapkan dia kurma. Selepas itu saya bersiap untuk solat dan dia pula akan bersiap pergi ke masjid.

    Dalam pada itu, Neelofa turut menghabiskan masa selama empat jam sehari untuk membaca Al-Quran.

    Setelah itu saya akan membaca Al-Quran dan saya akan baca selama empat jam sehari. Pada pukul 11 pagi atau 12 tengah hari pula saya juga akan tidur sekejap.

    Selepas bangun, saya akan ke dapur untuk siapkan makanan anak-anak. Selesai solat zohor, saya akan baca Al-Quran lagi.

    Aktiviti bersama anak

    Meskipun menjalani ibadah puasa, namun selebriti berusia 36 tahun itu masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu dengan menyediakan juadah berbuka serta melakukan aktiviti bersama anak-anak.

    Menjelang petang pula, saya akan ke dapur. Buat air jus, goreng karipap dan memotong bahan-bahan masakan.

    Tetapi setakat ini baru sekali saya masak sebab mama akan hantar makanan hari-hari.

    Saya juga akan selang-seli rutin itu dengan aktiviti bersama anak-anak. Malah Bilal pun akan suruh saya membaca Al-Quran.

    Setelah selesai berbuka, isteri kepada pendakwah bebas Pu Riz itu akan meneruskan ibadahnya dengan solat tarawih.

    Selepas berbuka, bila Haris ada di rumah kami akan ke masjid untuk tarawih.

    Kalau dia tak ada, saya akan tarawih sendiri di rumah. Di rumah ada Al-Quran yang besar, jadi sambil solat saya akan baca Al-Quran itu.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan Neelofa yang banyak menghabiskan waktunya di bulan yang mulia ini dengan membaca Al-Quran.

    MENARIK:  Anggota Tentera Pangkat Koperal Maut Ditembak Pemburu Haram Ketika Jalani Latihan

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah