29.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Jangan Ikut Cakap Mak Ayah Untuk Setia Pada Satu Kerja, Buang Mentaliti Work-Life Balance’ – Space Dollah

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Space Dollah, menegaskan bahawa nasihat ibu bapa untuk hanya menumpukan pada satu pekerjaan tidak semestinya perlu diikuti sepenuhnya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Space Dollah Bongkar Rahsia Ketika Jadi Pramugara Di Dubai, Dedah Pernah Tipu Mama & Abuya – ‘Saya Cakap Kerja Engineer’

    MENARIK:  Syed Saddiq Pernah Ditampar Kerana Pertahankan Rakan Sekolah Daripada Dibuli – ‘Saya Bukan Seorang Yang Berdiam Diri’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Pernah Bercakap Dengan Ayden, Dia Bijak & Sangat Pandai’ – Space Dollah

    Perlu ceburi pelbagai bidang

    " data-video-id="7612544368305589522" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @apaceritapodcast

    “Jangan ikut cakap mak bapak…” Most people will tell you to play it safe, stay in one lane, and maintain a “balance.” But you can’t change the world by being comfortable. Try everything. Find what you’d do for free, then find a way to get paid for it. #apaceritathrowback #apaceritapodcast #nakubahmember #spacedollah

    ♬ Interstellar – Saymon Cleiton

    Menerusi potongan klip podcast Apa Cerita di TikTok, pemilik nama Syed Abdullah Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa seseorang wajar mencuba pelbagai bidang serta pengalaman berbeza bagi menemukan minat dan hala tuju yang benar-benar sesuai dengan diri mereka.

    Jangan ikut cakap mak ayah kalau mereka suruh setia pada satu kerja.

    Apa yang patut dibuat dalam hidup adalah kita perlu mencuba segala benda.

    Kalau awak tidak pasti sama ada awak sukakan sesuatu itu atau tidak, jadi jangan teruskan dengan kerja tersebut.

    Move on sahaja dan cuba buat kerja lain sehingga akhirnya awak jumpa sesuatu yang awak memang suka dan sanggup lakukannya setiap hari.

    Selepas dari itu, awak boleh menjana pendapatan daripada kerja tersebut.

    Buang mentaliti ‘work-life balance’

    Dalam masa yang sama, abang kepada Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar itu menegaskan bahawa kecenderungan sebenar seseorang dapat dilihat apabila mereka sanggup melibatkan diri dalam perkara tersebut secara konsisten setiap hari.

    Kalau awak sanggup lakukan sesuatu pekerjaan itu pada setiap hari, itu bermaksud, awak memang minat dengan kerja itu.

    Selain itu, dia turut menasihati generasi muda agar berani keluar daripada sistem konvensional yang terlalu terikat dengan rutin, sekali gus meninggalkan mentaliti ‘work-life balance’ yang dianggap membataskan potensi diri.

    Nasihat saya, keluarlah daripada sistem yang sedia ada iaitu sistem yang sering menyuruh awak bangun pada masa tertentu.

    Buang sahaja mentaliti ‘work-life balance’ kalau awak nak jadi yang terbaik, ingin mengubah dunia.

    Ingin mencapai kejayaan, tiada istilah ‘work-life balance’

    Awak juga perlu untuk keluar daripada zon selesa.

    Sumber: TikTok Apa Cerita Podcast

    The post [VIDEO] ‘Jangan Ikut Cakap Mak Ayah Untuk Setia Pada Satu Kerja, Buang Mentaliti Work-Life Balance’ – Space Dollah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah