31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rozita Che Wan Risau Tetamu Tak Ikut Tema Warna, Pilih ‘All White’ Majlis Kahwin Anak – ‘Kalau Tiada Handbag Putih, Tak Payah Bawa’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan berpendapat bahawa majlis yang bertemakan kod berwarna putih mampu mencipta suasana yang lebih elegan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Che Wan Tak Kisah Bakal Menantu Berhenti Kerja & Jadi Suri Rumah – ‘Tempat Isteri Di Sisi Suami’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Cerewet, Anak-Anak Bebas Pilih Pasangan Hidup Sendiri’ – Rozita Che Wan 

    Tema putih

    Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Rozita, 53, menegaskan bahawa tetamu yang hadir ke majlis bertemakan putih wajar tampil serba putih termasuk aksesori seperti beg tangan.

    Ini pendapat saya, kalau tema semua putih sangat lah cantik.

    Baju Melayu, sampin, tudung dan beg tangan warna putih.

    Kalau tiada beg tangan putih, tak perlu bawa. Tak matching.

    Selain itu, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta turut meluahkan kebimbangannya terhadap pematuhan kod tema yang telah ditetapkan bagi majlis perkahwinan anak sulungnya, Ammar Effendy, yang dijadual berlangsung pada 26 Jun.

    MENARIK:  [VIDEO] Aida Aris ‘Live’ Di Sisi Jenazah, Netizen Tegur Soal Adab – ‘Tolong Hormat Keluarga Arwah’

    Seloroh Che Ta, tetamu yang tidak mematuhi kod tema warna akan ‘dikenakan tindakan’ seperti ditarik tudung.

    Tengah risau sebab majlis anak saya nanti tema semua putih.

    Dah pesan dengan perancang perkahwinan, kalau ada yang datang pakai tudung kuning, tarik je tudung tu.

    Sumber: Instagram @rozitachewan1

    The post Rozita Che Wan Risau Tetamu Tak Ikut Tema Warna, Pilih ‘All White’ Majlis Kahwin Anak – ‘Kalau Tiada Handbag Putih, Tak Payah Bawa’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah