34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syed Saddiq Pernah Ditampar Kerana Pertahankan Rakan Sekolah Daripada Dibuli – ‘Saya Bukan Seorang Yang Berdiam Diri’

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq mendedahkan bahawa dirinya pernah ditampar gara-gara mempertahankan rakan sekolahnya yang menjadi mangsa buli.

    ‘Saya bukan seorang yang berdiam diri’

    Ketika ditemui , pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengimbau kembali pengalaman menyaksikan insiden buli di hadapan matanya ketika berusia 17 tahun, iaitu sewaktu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Saya bukan seorang yang berdiam diri. Masa saya SPM dulu, ada kes buli berlaku depan mata saya tapi saya tak berdiam.

    Saya ambil tindakan sampai saya kena penampar sebab pertahankan kawan saya yang kena buli.

    Saddiq berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar pengiktirafan Thong Bowl dalam ASEAN Book of Records di IOI City Mall, pada Jumaat.

    Dalam pada itu, Saddiq turut berkongsi pengalamannya yang pernah menjadi mangsa buli siber sepanjang bergelar wakil rakyat.

    Apabila saya berhadapan cabaran di mahkamah, banyak ungkapan, video, gambar kena sebat, nampak darah. Tapi untuk diri saya, berani kerana benar. 

    Menyedari dirinya sebagai ahli politik dan terdedah kepada pemerhatian dan kritikan yang lebih tinggi berbanding orang biasa, Saddiq menegaskan bahawa tetap menerima segala bentuk kecaman dengan hati yang terbuka. 

    Sebagai seorang penggubal undang-undang, kita perlu menerima kritikan dengan hati yang terbuka, walaupun kritikan itu kadang-kadang pedas, sakit untuk ditelan.

    Saya pun hanya merupakan yang berkhidmat, saya terpaksa terima ni. Kerana profession yang berkhidmat ni, apabila ada kuasa, walaupun sedikit dia punya skrutini pun perlu lebih tinggi. Maksudnya, perlu terimalah. 

    Jangan sampai keganasan fizikal lah. Jadi saya bermuhasabah dalam bab sebegini. Tapi harapan saya, leave the family out. 

    ‘Sekolah jadi institusi selamat’

    Sementara itu, ditanya mengenai isu buli membabitkan pelajar sekolah, Saddiq menyuarakan kebimbangan dan harapannya agar masalah ini ditangani dengan serius.

    Saya nak lihat sekolah menjadi institusi selamat supaya anak-anak dapat pendidikan terbaik serta keluar dari kepompong kemiskinan dan jadi orang berjaya.

    Dalam perkembangan lain, Saddiq menzahirkan ucapan tahniah kepada Restoran Thong Bowl yang tersenarai dalam ASEAN Book of Records, selepas sebelum ini sudah memegang rekod dalam Malaysia Book of Records.

    MENARIK:  [VIDEO] Syed Saddiq Berebut Telefon Bella Sebab Nak Tengok ‘Screen Time’, Netizen Komen – ‘Orang Bercinta Je Buat Macam Tu’

    Menurut Penasihat Halal Thong Bowl, Aamir, pengiktirafan itu bukan sekadar tanda mematuhi syarat, tetapi melambangkan dedikasi pihaknya dalam memastikan setiap proses dari pemilihan bahan mentah hingga penyediaan benar-benar menepati piawaian Halal.

    Proses mendapatkan pensijilan Halal memerlukan ketelitian, kesabaran dan pematuhan penuh terhadap standard JAKIM.

    Thong Bowl memang serius memastikan semua aspek operasi kami patuh syariah.

    Aamir juga berbangga kerana restoran yang terkenal dengan menu Sliced Australian Beef Noodle itu kini secara rasmi menerima pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi cawangan mereka di IOI City Mall, Putrajaya.

    The post Syed Saddiq Pernah Ditampar Kerana Pertahankan Rakan Sekolah Daripada Dibuli – ‘Saya Bukan Seorang Yang Berdiam Diri’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah