Pelakon Zahirah Macwilson tampil bersuara apabila didakwa memotong barisan semasa berada di sebuah pusat perubatan.
Artikel Berkaitan: Zahirah MacWilson Tumpang Gembira Ibu Sudah Berhijab – ‘Mungkin Satu Hari Saya Akan Lakukan Perkara Sama’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Vlog’ Zahirah Macwilson Raih Perhatian, Netizen Tegur Isu Qada Zohor – ‘Sengaja Tinggal Solat, Masih Berdosa’
Nafi sombong

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Zahirah, 31, mempersoalkan tindakan segelintir individu yang terlalu cepat membuat andaian.
Tambah Zahirah, dia tidak pernah meminta layanan istimewa dengan memotong barisan, sebaliknya kehadirannya ke hospital ketika itu atas kes kecemasan dan keutamaan diberikan oleh pihak hospital sendiri.
Saya bukan jenis yang melayan komen atau gosip remeh, tetapi apabila anak saya disebut, saya perlu bersuara.
Kenapa sekarang ini mudah sangat untuk orang membuat andaian dan memanipulasi keadaan?
Saya tidak tahu siapa anda, tetapi saya rasa anda merujuk kepada kejadian di bilik kecemasan (kerana saya hanya ke sana untuk situasi kecemasan).
Sudah tentu saya bersama anak saya, dan kami berada dalam keadaan yang sangat mencemaskan.
Saya meminta ke anak saya diberi keutamaan atau memotong giliran?
Tidak. Itu adalah berdasarkan penilaian anda sendiri. Jelas sekali pihak staf yang mengklasifikasikan situasi itu sebagai kecemasan.
Anak tidak sihat

Mengulas lanjut mengenai riak wajah yang didakwa sombong, Zahirah menegaskan dirinya dalam keadaan cemas susulan keadaan anaknya yang difahamkan dalam keadaan tidak sihat ketika itu.
Adakah saya perlu datang dengan senyuman dan ketawa dalam situasi kecemasan?
Andaian tentang riak wajah saya ketika itu langsung tidak wajar dan tidak membuktikan apa-apa. Ia bukan alasan untuk anda membuat tanggapan.
Dalam pada itu, isteri kepada aktor kacak, Aiman Hakim Ridza menyifatkan staf perubatan di hospital yang menjadi pilihannya itu sebagai ahli pasukan yang baik dan prihatin terhadap pesakit.
Selain itu, Zahirah berharap agar tiada lagi tanggapan sebegini terhadap mana-mana individu yang berhadapan dengan situasi sukar terutama yang melibatkan kesihatan anak.
Harap sangat orang itu bukan staf perubatan. Sebab staf di sana sangat baik dan prihatin.
Apa pun tak perlu jadi toksik, tak kira siapa pun kita atau kerja di mana. Lagi-lagi bila melibatkan kesihatan anak.
Harapnya dia boleh ambil pengajaran.
Imbas kembali, seorang pengguna Threads mendakwa personaliti Zahirah kurang menyenangkan semasa ditemui di sebuha pusat perubatan susulan keadaan anaknya yang tidak sihat.
Dakwanya lagi, Zahirah memotong barisan selain kerap menutup muka supaya tidak dikenali orang umum.
Sumber: Instagram @zahirahmacwilson Threads @zahirahmacwilson
The post ‘Tak Perlu Jadi Toksik, Tak Kira Siapa Kita’ – Zahirah MacWilson first appeared on OHBULAN!.





