29.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Hantaran Suami Norreen Iman Raih Perhatian, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Dunia Jahat Dengan Lelaki Miskin’

    Shopee Sale

    Hantaran suami kepada pelakon dan personaliti, Norreen Iman iaitu Raizi Razak meraih perhatian netizen sehingga membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat buatnya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norreen Iman Kunci Mulut Isu Rumah Tangga, Hanya Mampu Senyum Di Mahkamah

    MENARIK:  [VIDEO] Minum Ais Dalam Pantang, Intan Najuwa ‘Sekolahkan’ Netizen – ‘Air Sejuk Kalau Masuk Badan Akan Tukar Kepada Suhu Badan’

    Artikel Berkaitan: ‘Para Suami Kalau Dah Bangun Subuh Jangan Solat Lalu Tidur, Uruskan Anak Juga’ – Norreen Iman

    Servis penghawa dingin

    " data-video-id="7635234685110521106" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @razzirazak21

    Dari seorang yg gayat, terus hilang gayat aku skrg. Lagi tinggi lagi best HAHAHA! Yang nak servis aircond meh roger saya. #servisAircond #fypシ゚

    ♬ original sound – razzirazak21 – razzirazak21

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Raizi dilihat merakam momen dirinya bekerja sebagai tukang servis penghawa dingin.

    Pada hantaran yang sama, Raizi turut menggunakan suara latar belakang yang memberi gambaran seolah-olah dirinya sedang berusaha memperbaiki dan menambah baik kehidupannya.

    Lelaki jangan miskin. Dunia jahat dengan lelaki miskin.

    Lelaki tak takut mati cuma takut menjadi seorang yang tidak berguna.

    Berat jadi lelaki. Kita menghadapi kehidupan untuk menghidupi kehidupan.

    Dalam pada itu, Raizi turut menyifatkan dirinya sebagai seorang yang takut akan ketinggian namun perlu melawan ketakutan tersebut demi kelangsungan hidup.

    Dari seorang yang gayat, terus hilang gayat aku sekarang.

    Doa netizen

    Imbas kembali, Norreen Iman memilih untuk mengunci mulut tentang status rumah tangganya bersama suami, Raizi Razak yang dilihat hadir pada Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai.

    Pada tahun 2025, Noreen menyorot perhatian apabila dilihat tidak lagi berkongsi foto bersama suaminya di media sosial.

    Bagaimanapun, Noreen menepis dakwaan yang mengatakan rumah tangganya sedang bergolak.

    Untuk rekod, Noreen dan Razzi mendirikan rumah tangga pada 2011.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

    Sumber: TikTok @razzirazak21

    The post [VIDEO] Hantaran Suami Norreen Iman Raih Perhatian, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Dunia Jahat Dengan Lelaki Miskin’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah