29.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PKBM lulus usul abadikan nama Azizulhasni di velodrom

    Shopee Sale

    Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) meluluskan usul agar Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan dinamakan semula sebagai Velodrom Azizulhasni bagi menghargai sumbangan besar atlet terbabit kepada sukan berbasikal negara.

    Presiden PKBM Amarjit Singh Gill berkata usul itu dipersetujui sebulat suara oleh ahli gabungan mereka pada mesyuarat agung tahunan badan induk itu hari ini.

    Seterusnya ia akan dibawa ke Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk pertimbangan memandangkan velodrom itu merupakan hak milik kerajaan.

    “Hari ini kami sebulat suara bersetuju untuk membawa hasrat ini (pertukaran nama Velodrom Nasional) kepada pihak KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN). Potensi Azizulhasni harus dicerminkan oleh velodrom tersebut.

    “Bagaimanapun menukar nama bukanlah satu keputusan yang kami sebagai persekutuan boleh buat sendiri dan ia mungkin ambil masa satu atau dua tahun,” katanya ketika ditemui media hari ini.

    Amarjit berkata sekiranya pertukaran nama itu berjaya, Velodrom Azizulhasni di Dungun Terengganu akan ditukar nama bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

    Velodrom Nasional yang dibina dengan menelan kos RM80 juta dirasmikan lima jaguh berbasikal negara termasuk Azizulhasni Awang pada 2017.

    Sementara itu pada AGM tersebut, Amarjit berkata pihaknya kini menuntut janji daripada pihak pembeli tanah Velodrom Cheras untuk membina velodrom baru seperti dalam perjanjian asal.

    MENARIK:  'Polemik politik' - Rafizi sangkal dakwaan seorang menteri PKR akan digugur

    Katanya situasi itu kini agak rumit memandangkan pembeli asal tanah berkenaan difahamkan sudah menjualnya kepada pihak yang lain.

    “Saya harap pemaju atau sesiapa sahaja yang membeli hartanah tersebut menepati janji mereka.

    “Jika kita boleh mendapat velodrom secara ‘percuma’ di ibu negara, ia akan memudahkan lagi ahli gabungan kami di Kuala Lumpur,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, pengundian jawatankuasa PKBM untuk penggal 2026-2030 yang berlangsung hari ini menyaksikan Norazman Abu Samah dipilih sebagai timbalan presiden selepas mendapat 44 undi.

    Dia mengatasi pencabarnya Mohd Saiful Abdul Jalil yang meraih 21 undi.

    Bagi jawatan naib presiden pula, ia dimenangi Muhammad Firdaus Dawod, M Rezal Abu Bakar, Firdaus Arshad, Mohd Zairi Badderul dan Irawan Sudarsono.

    “Bagi jawatan lain iaitu setiausaha, penolong setiausaha, bendahari dan penolong bendahari saya akan berbincang lanjut mengenai perkara ini.

    “Saya tidak mahu membuat keputusan yang terburu-buru dan akan berunding dengan rakan-rakan saya. Saya mahukan pelantikan berdasarkan mereka yang boleh buat kerja, bukan pelantikan politik,” katanya.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah