Pelakon dan usahawan, Fazura tampil memberi nasihat kepada seorang wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sesama jantina kerana hilang kepercayaan terhadap lelaki.
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Ada Rezeki Untuk Anak Kedua’ – Fazura
Artikel Berkaitan: Fatima Anak Fazura Curi Perhatian Selepas Miliki Beg Tangan Hermes Kelly
Nasihat

Kurang senang dengan tindakan itu, Fazura berharap individu itu kembali kepada lumrahnya sebagai seorang manusia selain berharap perkara berkenaan tidak benar.
Semoga tidak benar dan tidak di normalisasikan, apatah lagi secara terangan.
Terdahulu, tular satu video yang memaparkan seorang wanita bersama wanita lain dipercayai sedang saling memberi sokongan emosi hingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Wanita itu mendakwa, dia memilih untuk menjalinkan hubungan sedemikian selepas hilang kepercayaan terhadap lelaki.
Segelintir netizen turut bersetuju dengan pandangan Fazura dan berpendapat perkara ini tidak wajar dinormalisasikan kerana bertentangan dengan ajaran agama.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan , wanita itu telah memadam hantaran itu susulan menerima kecaman daripada orang ramai.
Komen netizen


Sumber: Threads
The post ‘Semoga Tidak Benar & Tidak Dinormalisasikan’ – Fazura first appeared on OHBULAN!.





