29.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    10 aktivis GSF 2.0 rakyat Malaysia dibebaskan di Crete

    Shopee Sale

    Kesemua 10 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 rakyat Malaysia yang ditahan di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Crete, Greece pada Khamis telah dibebaskan di Pelabuhan Lerapetra, Crete.

    Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata mereka antara 175 aktivis kemanusiaan GSF yang dibawa ke Lapangan Terbang Heraklion dengan bas disediakan pihak Greece.

    Beliau berkata SNCC dimaklumkan bahawa Kerajaan Turkiye telah menyediakan sebuah pesawat berkapasiti 160 penumpang bagi membawa pulang 20 aktivis kemanusiaan warganegara itu, selain menawarkan tempat kepada mana-mana aktivis GSF untuk turut menaiki penerbangan berkenaan.

    MENARIK:  PM: Kementerian, agensi segerakan projek keutamaan di Pahang

    “Pelepasan penerbangan tersebut dari Lapangan Terbang Heraklion dijangka pada 10.15 malam waktu Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 11.45 malam waktu Malaysia,” katanya pada sidang media di Bangi, semalam.

    Beliau mengesahkan 10 aktivis Malaysia yang telah dibebaskan akan terbang ke Istanbul.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah