Pasangan pelakon Lisdawati dan Fauzi Nawawi menyorot perhatian warganet selepas menyertai Himpunan RXZ Members 7.0 baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: 8 Tahun Tahan Sabar Sikap Panas Baran Suami, Lisdawati Akui Setiap Rumah Tangga Ada Ujian
Artikel Berkaitan: ‘Belum Mampu Memaafkan Mereka Yang Memaki Saya & Keluarga’ – Lisdawati
Bawa motosikal
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan pasangan itu sedang menunggang motosikal, difahamkan mereka menuju ke Terengganu untuk menyertai himpunan berkenaan.
Acara tersebut telah pun berlangsung selama dua hari di Litar Permotoran Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.
Di ruangan kapsyen, Fauzi dan Lisdawati mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di acara tersebut.
Alhamdulillah selesai sudah tugas kami di Terengganu Darul Iman. Kenangan manis pada RXZ Members 7.0.
Salam takziah dan Al-Fatihah kepada keluarga mangsa yang terkorban. Sesungguhnya hidup dan mati kita adalah ketentuan Allah.
Pujian netizen

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet memuji pemilik nama Nisdawati Nazaruddin, 47, yang dilihat memakai pakaian sopan dan menutup aurat dengan sempurna.
Dalam masa yang sama, mereka turut kagum dengan tindakan Fauzi yang sentiasa berada di belakang isterinya untuk menjaga keselamatan.
Pakaian dia lain daripada rider perempuan yang lain sebab tak pakai ketat, sesuai sangat.
Sopan pakaian dia, macam ni baru kita tabik untuk rider muslimah yang bertudung.
Artis glamour pun pakai elok tutup aurat walaupun ride motosikal.
Penampilan rider muslimah memang rare, semoga menjadi ikon kepada para rider wanita yang lain.
Elok je suami iring isteri, tak jauh tinggalkan dia. Keselamatan isteri yang paling penting.
Sumber: TikTok Fauzi Nawawi
The post [VIDEO] Fauzi Nawawi & Lisdawati Sertai Himpunan RXZ, Pakaian Sopan Jadi Tumpuan – ‘Penampilan Rider Muslimah Memang Rare’ first appeared on OHBULAN!.





