30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Elly Mazlein Sebak, Baby Rayyan Ditinggal Ibu Kandung & Alami Cecair Berlebihan Di Otak – ‘Mama Lina Menyanyangimu’

    Shopee Sale

    Pengacara dan penyanyi Elly Mazlein gagal menahan sebak terhadap nasib seorang bayi yang mengalami penyakit Hidrosefalus di mana keadaan cecair yang berkumpul secara berlebihan dalam rongga otak.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elly Mazlein Selesa Pakai Tudung Gaya Sama, Tak Ikut Permintaan Netizen Minta Tukar

    MENARIK:  Guru Mengaji Cabul 32 Pelajar, Tunjuk Video Lu**h & Paksa Mangsa Tiru Aksi Tak Senonoh

    Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Kak Lina Pom Pom Utamakan Keseronokan Bekerja Berbanding Bayaran -‘Kalau Mahal Orang Panggil Sekali Je’

    Ditinggal ibu kandung

    " data-video-id="7567424070778752263" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @kakaklinapompoms

    Sejak lahir Baby Rayyan mengalami penyakit Hidrosefalus yang mana keadaan cecair serebrospinal (CSF) berkumpul secara berlebihan dalam rongga otak (ventrikel). Cecair ini sepatutnya mengalir keluar dan diserap semula, tetapi bila terganggu, ia akan menyebabkan tekanan meningkat dalam kepala Wahai Sayangku Rayyan.. InsyaAllah Mama Lina, Mama Yana & Ummi akn ada bersamamu , Nak .. Baby Rayyan kuat ya ,Nak..Mama Lina Doakn Moga ada keajaiban buatmu, Nak .. Moga Rayyan membesar dgn Sihat dan segala yg baik² buatmu ..Sihat cepat ya ..nnti bole balik rumah .. Nnti kita celebrate belated birthday Baby Rayyan dkat rumah dgn Nenekmu ya Nak .. Mama lina menyayangimu sepenuh hati Lillahitaala ❤ Buat Pn Azura ,Terima kasih kerana berada disisi Baby Rayyan dulu hingga kini .. Jagalah Anugerah ini dan Sharifah Doakan Moga Allah gantikan Nikmat yg tidak putus buat Pn ,Amin 🤲 Utk semua Doctor & Nurses di Hospital Sultan Ahmad Shah Medical Kuantan Pahang,Terima kasih diatas segala kepakaran, usaha, perhatian ,Kasih sayang & juga budi baik kalian .. Terima kasih sekali lg.. Dan Akhir sekali.,Terima kasih buat Ummi & Pn Yana diatas keprihatinan buat Baby Rayyan .. DiDoakan Semoga yg baik² buat Kalian .. Tq juga team @kedai_emas_merchant9 Siti & Zaty Terima Kasih ⚘🙏 #ellymazlein #kaklinapompom #nosyatudikk #kepom #fypシ゚viral

    ♬ original sound – Kakak Lina Pom Poms – Kakak Lina Pom Poms

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi dilihat hadir melawat bayi yang dikenali sebagai Baby Rayyan.

    Apa yang membuatkan Elly gagal menahan sebak apabila difahamkan Baby Rayyan ditinggalkan ibu kandungnya di usia empat hari.

    Susulan itu, Baby Rayyan kini sepenuhnya dibawah jagaan neneknya sehingga selesai mendapatkan rawatan rapi di hospital.

    Mama Lina menyanyangimu sepenuh hati.

    Buat Puan Azura (nenek Baby Rayyan), jagalah anugerah ini dan moga Allah gantikan nikmat yang tidak putus buat Puan.

    Doa Elly buat Baby Rayyan

    Dalam pada itu, Elly sempat menitipkan doa buat Baby Rayyan agar diberikan kesihatan yang baik.

    Wahai sayangku Rayyan, Innsya-Allah Mama Lina, Mama Yana dan Ummi akan ada bersamamu.

    Baby Rayyan kuat ya, Mama Lina doakan moga ada keajaiban buatmu.

    Moga Rayyan membesar dengan sihat dan segala yang baik-baik buatmu.

    Sihat cepat ya, nanti boleh balik rumah.

    Nanti kita sambut ulang tahun kelahiran Rayyan dekat rumah nenek ya.

    Sumber: TikTok @KakakLinaPomPoms

    The post [VIDEO] Elly Mazlein Sebak, Baby Rayyan Ditinggal Ibu Kandung & Alami Cecair Berlebihan Di Otak – ‘Mama Lina Menyanyangimu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah