34.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Guru Mengaji Cabul 32 Pelajar, Tunjuk Video Lu**h & Paksa Mangsa Tiru Aksi Tak Senonoh

    Shopee Sale



    Seorang guru mengaji lelaki telah ditahan polis selepas didakwa mencabul 32 pelajarnya dalam beberapa kejadian yang berlaku di Kecamatan Sumber Jaya, Indonesia.

    Cabul 32 murid

    Memetik laporan Viva, perbuatan keji itu hanya terbongkar selepas ibu bapa salah seorang mangsa mencurigai perubahan sikap anaknya yang enggan ke sekolah mengaji meskipun sudah diumpan dengan pelbagai cara termasuk memberi wang belanja.

    Pelik dengan perubahan tersebut, ibu bapa mangsa mula mencari punca hingga akhirnya terbongkar bahawa anak perempuan mereka telah menjadi mangsa cabul guru mengaji.

    Susulan daripada itu satu laporan polis telah dibuat dan tertuduh didakwa telah melakukan pencabulan itu terhadap 32 orang pelajarnya termasuk lelaki dan perempuan. Suspek dipercayai meraba kesemua mangsa termasuk meramas alat sulit pelajar lelaki.

    MENARIK:  Exists Tak Pernah Serik Dengan Mamat – ‘Bila Dengar Dia Sudah Lepas Daripada Benda Itu, Kami Pun Rasa Gembira’

    Tidak cukup dengan itu, suspek menunjukkan video lucah kepada pelajar-pelajarnya sebelum mengajak mereka melakukan aksi yang sama. Difahamkan, asih melakukan perbuatan keji itu meskipun sebelum ini suspek pernah dipindahkan sekolah selepas terkait dengan kes gangguan seksual.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah