28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Dosa Dengan Manusia Bawa Sampai Mati’ – Suami Bella Park Seru Individu Komen Negatif Tampil Mohon Maaf

    Shopee Sale

    Suami kepada pempengaruh media sosial, Bella Park iaitu Haikal Anuar, meminta warganet yang mendakwa isterinya menghasilkan kandungan bersifat menunjuk-nunjuk tampil memohon maaf.

    Artikel Berkaitan: Bella Park Terkilan Dituduh Suka Buat Konten Menunjuk – ‘Allahuakbar Busuknya Hati’

    MENARIK:  Filem ‘Adoii Jiwaku’ Arahan Steve Yap Bakal Ditayangkan Secara Percuma Bersempena Hari Malaysia

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Park Tak Sedar Sedang Hamil – ‘Naik Unta, Main Roller Coaster & Lari Dalam Guni Tapi Allah Jaga Kandungan’

    Datang minta maaf

    " data-video-id="7602868672004148487" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @kall_anuarr

    Harap sampai mesej ni dekat awak ya🚶🏻➡🫶🏻#CapCut

    ♬ orijinal ses – Yunusaydın

    Menerusi hantaran di TikTok, Haikal meluahkan rasa kesal terhadap individu tersebut yang didakwa meninggalkan komen-komen negatif terhadap Bella.

    Semoga yang tulis ini berubah. Boleh saja untuk kami kesan siapa awak sebenarnya, sangat senang nak bongkarkan akaun palsu awak itu.

    Tapi kami pun ada aib kami yang Allah tutup, buat apa kami nak buka dan viralkan awak.

    Justeru, Haikal berharap individu tersebut sedar akan kesalahan dan tampil mengakui kekhilafannya di atas penulisan yang dianggap melampaui batas.

    Saya harap awak datang minta maaf dekat isteri saya balik dan awak berubah ke jalan yang lurus.

    Ingat dosa dengan manusia akan bawa sampai ke mati.

    Jadi saya harap awak datang minta maaf dekat kami dengan hati yang terbuka.

    Terdahulu, Bella meluahkan rasa terkilan apabila individu tersebut menuduh dirinya gemar menghasilkan konten sedemikian di media sosial, selepas dia memuat naik video mengenai sebuah hospital yang menawarkan pakej bersalin.

    Dakwa individu itu, walaupun tarikh jangkaan bersalin Bella belum tiba namun dia sudah berangan tentang pelbagai perkara.

    Sumber: TikTok Haikal Anuar

    The post [VIDEO] ‘Dosa Dengan Manusia Bawa Sampai Mati’ – Suami Bella Park Seru Individu Komen Negatif Tampil Mohon Maaf first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah