27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Datuk Red Dedah Terima Mesej Daripada Individu Mahu Mengorat Adira – ‘Aku Janji Akan Menjaga & Menyayangi Kamu’

    Shopee Sale



    datuk red mesej

    Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mendedahkan terdapat seorang individu yang tidak dikenali telah menyatakan hasratnya untuk memikat bekas isterinya itu.

    ‘Bikin cerita cinta’

    datuk red mesej

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Datuk Red dan Adira dilihat sedang mempromosikan produk minuman sambil berinteraksi dengan pengikut mereka.

    Pemilik nama Datuk Seri Adnan Abu itu kemudian membongkarkan bahawa dia ada menerima mesej daripada seorang individu yang tidak dikenali.

    Difahamkan individu berkenaan mahu memikat pelantun lagu Ombak Rindu tersebut.

    Ini bukan nak mengaibkan orang tu, tidak. Tak tahu mana orang tu dapat nombor telefon aku, dia ingatkan Adira.

    Dia nak bikin cerita cinta tapi yang kau hantar dekat aku.

    Saya tak cemburu pun, saya tunjuk dekat Adira. Nak balas romantik-romantik dia tak nak.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan pendedahan Datuk Red tersebut namun dalam masa yang sama mereka menasihati Adira agar lebih berhati-hati dengan individu yang tidak dikenali.

    Ya Allah, lucu la. Yang pergi chat Datuk Red kenapa.

    Dia saja nak tengok Datuk Red cemburu ke tak.

    Apa-apa pun Adira kena sentiasa berhati-hati. Semoga Allah sentiasa melindungi Adira.

    Sekadar info, Datuk Red menceraikan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu pada 23 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

    MENARIK:  A Aida Tak Layan Suami Orang, Tak Mahu Sakiti Hati Wanita Lain – ‘Nak Jumpa, Biarlah Atas Urusan Bisnes’

    Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

    Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

    Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.

    " data-video-id="7375715900021804289" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @putehhhx

    #adirasuhaimi #abgred #datored #adirasuhaimireal #adirasuhaimidatukred #adirasuhaimiabgred #datoredadira #abgredadirasuhaimi

    ? Funny Quirky Comedy – Redafs

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah