Pengarah dan penerbit, Datuk A. Aida mengakui ramai lelaki berstatus suami orang cuba mendekatinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] A Aida Kongsi Momen Azeva Bantu Bawa Beg Warga Emas Di Lapangan Terbang – ‘Dia Bayangkan Kalau Saya Begitu’
Artikel Berkaitan: ‘Tak Bercinta Pun Tak Mengapa, Boleh Kemana Saja Tanpa Minta Izin’ – A Aida
Lelaki orang dekati A. Aida

Ketika dihubungi , pemilik nama Zaidah Awang, 56, bagaimanapun memilih untuk tidak melayan dan mendekati lelaki yang sudah berkahwin.
Kadang-kadang bila keluar meeting dan sebagainya. Ada lelaki yang dah berkahwin tapi sibuk nak mesej saya. Ajak jumpa tapi bila tanya buat apa, dia kata saja lepak minum coffee. Kalau nak jumpa, biarlah atas urusan bisnes sahaja.
Lelaki-lelaki itu merupakan kenalan bisnes, ada yang baru kenal dan ada juga kenalan dari kawan saya.
Ujarnya lagi, dia tidak mahu terlibat dalam situasi yang boleh mengganggu rumah tangga orang lain, apatah lagi apabila ajakan tersebut dibuat bukan atas urusan kerja.
Mengulas lanjut, A. Aida berkata, dia masih berpegang pada prinsip untuk tidak melayan suami orang kerana tidak mahu menyakiti hati wanita lain.
Dari dulu prinsip saya memang tak akan layan kalau lelaki tu suami orang. Sebab kita tak nak menyakitkan hati kaum sejenis kita. Cuba bayangkan kalau satu hari nanti pasangan kita pula orang lain ambil. Apa rasa?
Ditanya sama ada pernah menghubungi isteri kepada lelaki berkenaan, A. Aida berkata dia tidak pernah berbuat demikian, sebaliknya memilih untuk tidak membalas mesej dan menjauhkan diri.
Saya bukan jenis yang akan pergi serang atau libatkan orang lain cuma saya memilih untuk tidak melayan. Kalau ada WhatsApp atau apa-apa, saya tak layan, tak balas.
Saya nak dia faham sendiri. Ada yang mencuba sampai setahun tak berhenti-henti.
Dalam pada itu, A. Aida menitipkan pesanan kepada mereka yang sudah berkahwin agar sentiasa berkomunikasi dan sentiasa jujur dengan pasangan bagi memastikan sebarang masalah dapat diselesaikan dengan baik.
Kalau kita dah ada pasangan tapi katakan ditakdirkan tiba-tiba jumpa orang lain dan kita suka orang lain, kena jujur dengan pasangan.
Kalau dia boleh terima, alhamdulillah. Kalau dia tak boleh terima, cari jalan penyelesaian. Tak payah main sorok-sorok sebab kalau kita sorok dan main di belakang, kesannya lagi teruk kepada orang yang terkena.
Bagi saya kejujuran dan komunikasi adalah penting dalam perhubungan.
Katanya, menyembunyikan sesuatu daripada pasangan hanya akan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk sekiranya perkara tersebut diketahui kemudian.
Terdahulu, A. Aida menerusi hantaran di Threads mendedahkan dirinya sering diganggu oleh lelaki berstatus suami orang.
The post A Aida Tak Layan Suami Orang, Tak Mahu Sakiti Hati Wanita Lain – ‘Nak Jumpa, Biarlah Atas Urusan Bisnes’ first appeared on OHBULAN!.





