32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Moga muafakat parti Melayu terbesar terus kukuh – Asyraf

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki hari ini berkongsi gambarnya menghadiri Muktamar Tahunan PAS di Pengkalan Chepa, Kelantan, di media sosialnya.

    Berbaju Melayu serba merah dan bersongkok, imejnya terlihat kontras di atas pentas yang pemimpin PAS rata-rata memakai pakaian putih, kopiah putih dan sampin hijau.

    Umno Online menyifatkan kehadiran itu mencerminkan komitmen untuk terus memperkukuh permuafakatan antara dua parti Melayu terbesar, dalam usaha memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

    “Semoga permuafakatan antara dua parti Melayu terbesar UMNO dan Pas ini terus diperkukuh dan memberi manfaat yang besar dalam memperjuangkan agama, membela kepentingan bangsa serta memastikan masa depan negara terus terpelihara,” kata Asyraf.

    Ashraf Wajdi diiringi oleh Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub serta anggota Majlis Kerja Tertinggi Alwi Che Ahmad.

    Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang dijangka hadir pada mulanya dikatakan membatalkannnya  “pada saat akhir kerana urusan yang tidak dapat dielakkan”.

    MENARIK:  Isu Ambalat: Benarkah Malaysia tak serah seinci tanah, soal Muhyiddin

    Semalam Ketua Pemuda Umni Muhamad Akmal Saleh hadir bersama rombongan 25 orang dan menegaskan pendiriannya bersama PAS dan menolak PH.

    Umno telah bekerjasama dengan PAS dalam dua pilihan raya negeri terakhir menentang PH, sekutu mereka dalam kerajaan pusat.

    Di atas kertas gandingan itu mampu mencabar penguasaan PH dalam pilihan raya umum akan datang. 

    Bagaimanapun, skandal Tabung Haji mungkin mewujudkan dilema di kalangan pemimpin Umno.

    Suruhanjaya Siasatan diraja (RCI) antaranya mendapati wujudnya campur tangan politik dalam pengurusan TH serta membangkitkan lantikan pemimpin Umno dalam anggota lembaga pengarahnya.

    Bekas menteri Umno Jamil Khir Baharom kini ditahan reman bermula semalam bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah