Penyanyi dan pelakon remaja, Alyssa Dezek baru-baru ini memperoleh keputusan 6A menerusi peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Artikel Berkaitan: Alyssa Dezek Syukur Dapat Markah 100 Dalam Ujian Diagnostik Perakaunan – ‘Saya Belajar Di Rumah & Sertai Tuisyen PTTI’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Artis Cilik Alyssa Dezek Jadikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Sebagai Role Model Dalam Industri Seni? Siapa Adik Comel Ni?
Bukan mudah
View this post on Instagram
Dalam kegembiraan memperoleh keputusan yang baik, Alyssa atau nama lengkapnya Aryanna Alyssa Dezek, 17, mendedahkan dia menerima kritikan daripada warganet yang mendakwa pencapaian itu bukan hasil daripada dirinya sendiri.
Saya masih ingat ada yang cakap, ‘memang la dapat 100% sebab pakai kabel’.
Senangnya cakap begitu sedangkan dia tak tahu saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
Usaha Alyssa
View this post on Instagram
Menurut Alyssa, meskipun jadualnya sibuk dengan kerjaya sebagai anak seni namun dia akan tetap mencari masa untuk memberikan fokus kepada pembelajaran dan SPM yang bakal tiba.
Alyssa juga optimis untuk memperoleh A bagi semua subjek dalam peperiksaan SPM sebenar.
Walaupun sibuk dengan penggambaran dan kerjaya seni, saya tetap cari masa untuk belajar. Saya nak buktikan bahawa kesibukan bukan alasan untuk gagal.
Untuk SPM saya akan cuba untuk mendapatkan ‘straight’ A.
Di sebalik kejayaan Alyssa salah satunya adalah bimbingan daripada kelas dalam talian PTTI, sebuah platform pendidikan digital yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai ‘Most Straight A SPM Students in a Tuition (2024)’.
Saya bersyukur sebab PTTI banyak membantu secara dalam talian, daripada markah yang tidak memuaskan, kini saya berjaya dapat A.
PTTI yang terkenal dengan kaedah pembelajaran interaktif dan strategi menjawab soalan yang berkesan dapat membantu para pelajar untuk memperolah kejayaan.
Bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 5 yang ingin mencapai keputusan cemerlang seperti Alyssa, layari laman rasmi http://www.ptti.my untuk maklumat lanjut mengenai kelas dalam talian PTTI.
The post [VIDEO] Alyssa Dezek Dedah Dikecam Selepas Raih 6A Dalam ‘Trial SPM’ – ‘Mereka Kata Sebab Saya Pakai Kabel’ first appeared on OHBULAN!.





