26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Da’i Syed Kongsi Maksud Nama Anak Perempuan, Syukur Isteri Bersalin Secara Normal – ‘Doakan Keluarga Kecil Kami’

    Shopee Sale



    Pelakon dan pendakwah selebriti, Da’i Syed memperkenalkan cahaya mata pertamanya yang diberi nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

    Artikel berkaitan: Da’i Syed Nak Pengsan Tengok Isteri Bersalin Depan Mata – ‘Wanita Hebat, Melahirkan Zuriatku’

    Artikel berkaitan: Da’i Syed Sudah Bosan Bawa Watak Seorang Ustaz – ‘Saya Mahu Keluar Daripada Kebiasaan’

    Kongsi nama anak perempuan

    Menerusi perkongsian di Instagram, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 29, memaklumkan isterinya, Hana Ismail selamat melahirkan anak secara normal pada 14 Ogos lalu.

    Alhamdulillah, kami akhirnya keluarga bertiga.

    Perkenalkan Sharifah Fatma Nour Jamalullail dilahirkan pada 14 Ogos 2024 bersamaan dengan 9 Safar 1446H.

    Syukur pada Allah atas kelahiran puteri sulung kami, dan isteri bersalin secara normal Alhamdulillah. Mohon doakan kebaikan buat keluarga kecil kami.

    Dalam pada itu, Syed turut berkongsi maksud dan makna nama yang diberikan kepada puteri sulung mereka.

    Sharifah bermaksud yang mulia, Fatma adalah pemberian dan Nour adalah cahaya.

    Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan pengacara Hana Ismail pada 3 Disember 2022 di Kuala Lumpur.

    MENARIK:  Ainul Aishah & Suami Dijangka Menyambut Kelahiran Anak Perempuan

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah