27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Troll’ & Sebar Aib Di Media Sosial, Ini Hukumnya!

    Shopee Sale

    Media sosial kini memegang peranan penting dalam kehidupan, kerana ia menyediakan platform untuk berhubung, berkongsi pandangan, dan menyebarkan maklumat tanpa had masa atau lokasi.

    Artikel Berkaitan: Hubungan Batin Ketika Pasangan Sakit, Boleh Atau Perlu Dielakkan?

    Artikel Berkaitan: Silent Treatment: Dari Tegangan Ke Konflik Besar, Hubungan Suami Isteri Terjejas

    Bersifat sarkastik

    Namun, ia boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya disalahgunakan, seperti penipuan, penindasan, dan pendedahan aib yang menjejaskan maruah serta emosi individu.

    Salah satu isu ketara di media sosial ialah budaya ‘troll’, iaitu tindakan sengaja menyindir, memperlekeh, atau menyinggung perasaan seseorang melalui hantaran dalam talian.

    Kandungan ‘troll’ biasanya berbentuk mesej provokatif atau sarkastik yang bertujuan mencetuskan kemarahan atau menghiburkan dengan mengorbankan perasaan orang lain, dan menjadi lebih membimbangkan apabila ia melibatkan pendedahan aib peribadi seseorang untuk kepentingan tertentu.

    Selain itu, dari sudut hukum syarak, perbuatan ini yang mengandungi unsur penghinaan, laknat, penipuan, penyebaran fitnah, atau pengadu-dombaan adalah dilarang dan berdosa.

    Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Hujurat, ayat ke-11 menegaskan agar orang beriman tidak merendahkan atau mencemuh orang lain.

    Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka.

    Dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka.

    Sementara itu, Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa seorang mukmin tidak seharusnya memaki hamun, melaknat, atau menggunakan bahasa keji.

    Orang yang beriman itu bukanlah sifatnya memaki hamun, melaknat, berkata kotor dan juga bahasa yang keji.

    Punca diri sendiri

    Di samping itu, budaya ‘troll’ ini jelas bertentangan dengan akhlak Islam dan boleh merosakkan hubungan sesama manusia, justeru, sebagai mukmin, setiap individu diseru untuk muhasabah diri apabila menjadi sasaran penganiayaan ini.

    MENARIK:  Alif Satar Mahu Tayang Semula Temu Bual Dengan Banduan Untuk Kesedaran – ‘Berjalan Masuk Ke Penjara Pengalaman Paling Menakutkan’

    Kadangkala, reaksi negatif masyarakat timbul daripada sikap atau tindakan sendiri, sama ada disengajakan atau tidak.

    Situasi ini menunjukkan bahawa menjaga adab dan sikap serta perbuatan merupakan benteng awal untuk mengelakkan diri daripada menjadi sasaran.

    Hakikatnya, kerosakan yang berlaku dalam masyarakat berpunca daripada perbuatan sesama sendiri.

    Dalam pada itu, Allah S.W.T turut menjelaskan dalam Surah Ar-Rum, ayat ke-41, bahawa bala bencana timbul kerana tangan manusia, sebagai peringatan untuk kembali insaf dan bertaubat.

    Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

    Oleh itu, bagi mereka yang terlibat dalam budaya ‘troll’ diseru agar meninggalkan amalan tersebut dan kembali kepada nilai Islam yang menekankan adab, ihsan, dan penjagaan maruah sesama manusia.

    Sumber: Media Permata

    The post ‘Troll’ & Sebar Aib Di Media Sosial, Ini Hukumnya! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah