27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alif Satar Mahu Tayang Semula Temu Bual Dengan Banduan Untuk Kesedaran – ‘Berjalan Masuk Ke Penjara Pengalaman Paling Menakutkan’

    Shopee Sale

    Berikutan peningkatan kes sosial yang semakin merunsingkan, pelakon dan pengacara Alif Satar bercadang mahu memupuk kesedaran menerusi konten perkongsian bersama banduan di dalam penjara.

    Artikel Berkaitan: Alif Satar Kongsi Pengalaman Jumpa Pembuli Dalam Penjara, Titip Nasihat Untuk Anak Muda – ‘Orang Bod*h Je Fikir Kau Cool Bila Mem*kul’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Satar Pesan Pegang Teguh Pada Al-Quran & Sunnah, Akui Dunia Semakin Mencabar – ‘Kalau Ikut, Confirm Tak Sesat’

    Cadangan Alif

    View this post on Instagram

    A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

    Menurut Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar, 35, sebelum ini dia pernah menghasilkan konten bersama banduan di sebuah penjara, namun atas dasar menghormati perasaan kedua-dua belah pihak, dia tidak lagi memaparkan video tersebut untuk tontonan umum.

    Aku pernah buat satu vlog di YouTube channel, konten aku dalam penjara (berbuka puasa dengan banduan akhir).

    Aku archive video itu untuk menjaga sensitiviti keluarga mangsa terlibat dan pesalah pun sudah dijatuhkan hukum.

    Bagi pengajaran

    Bagaimanapun, Alif berpendapat, konten seperti itu perlu dimuat naik semula bagi memupuk kesedaran dalam kalangan remaja.

    Tapi aku rasa macam nak up balik la konten tu.

    Sejujurnya aku rasa mesej dalam vlog aku tu, budak-budak sekolah rendah dan menengah kena tengok.

    Akibat jenayah buli dan penyebab kematian mangsa, lapan orang dipenjara dan hilang masa depan.

    Dalam masa sama, Alif turut berkongsi luahan rasa penyesalan yang menyelubungi para banduan yang ditemuinya sebelum ini.

    Aku berjalan masuk dalam penjara Sungai Buloh..tu adalah pengalaman yang paling menakutkan dan aku berada di situ cuma beberapa jam.

    Kalaulah budak-budak yang acah-acah nak jadi gangster, kecil-kecil nak merogol, bila tengok konten tu ia akan menakutkan mereka dan harapnya mereka akan berfikir dan berubah.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong tindakan Alif untuk memuat naik semula konten tersebut sebagai pengajaran untuk anak-anak muda.

    MENARIK:  Lelaki Dibelasah & Diikat Pada Tiang Elektrik Kerana Mengintai Wanita Mandi

    Sumber: Threads Alif Satar

    The post Alif Satar Mahu Tayang Semula Temu Bual Dengan Banduan Untuk Kesedaran – ‘Berjalan Masuk Ke Penjara Pengalaman Paling Menakutkan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah