Pelakon, Emma Maembong dan keluarganya yang sebelum ini terkenal dengan tradisi mengenakan pakaian raya sedondon, kini tidak lagi berbuat demikian atas permintaan bapanya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Lagi Bersama Dia’ – Hubungan DJ Kidd & Emma Maembong Sudah Berakhir?
Artikel Berkaitan: Emma Maembong Mengaku Pergi Kelab Malam, Support DJ Kidd ‘Spin’ – ‘Saya Masuk Dengan Gembira’
Tak sedondon

Ketika ditemui , Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 34, berkata raya kali ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana bapanya mahu Aidilfitri disambut secara sederhana.
Menurut Emma, permintaan itu dibuat sebagai tanda hormat dan solidariti terhadap konflik yang berlaku antara Israel dan Amerika Syarikat (AS) dengan Iran.
Tahun ini tiba-tiba ayah saya cakap dia tak nak sedondon. Kami setiap tahun memang sama.
Dia suruh ikut masing-masing. Saya pun tanyalah kenapa, dia cakap kita tengah perang, tak payahlah nak raikan sangat.
Orang lama kan, jadi kita hormat saja. Kita ikut sahaja cakap orang tua.
Bercerita lanjut, pelakon drama Seadanya Kita berkata kebiasaannya dia yang memikul tanggungjawab membeli baju raya untuk seluruh keluarga besarnya.
Kata Emma, dia tidak berkira untuk berbelanja besar demi memastikan momen indah itu kekal sebagai kenangan yang paling bermakna.
Kebiasaannya memang saya akan sediakan baju untuk semua sebab saya suka ramai-ramai.
Mereka pula jenis yang ikut sahaja. Tak tahulah (kos) saya tak pernah jumlahkan. contohnya saya beli baju pasang dalam 20 helai, tengoklah bergantung berapa ratus.
Kadang-kadang kakak saya hulurkan duit untuk beli. Tapi kebiasannya saya dah terbiasa.
Saya terbiasa beli pakej terus untuk semua orang. Kadang-kadang ada yang bayar balik, malah abang Cat Farish pun dah tahu saya begitu bila dia mula sertai keluarga kami.
Bagi ibu kepada dua cahaya mata itu, momen tersebut hanya berlaku setahun sekali, dan walaupun duit boleh dicari semula, kenangan bersama keluarga adalah tidak ternilai.
The post Tiada Lagi Tradisi Sedondon, Emma Maembong Akur Permintaan Bapa – ‘Dia Suruh Ikut Masing-Masing’ first appeared on OHBULAN!.





