30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syahir Shafein Tunda Kahwin, Akui Tertekan Diaju Soal Kahwin – ‘Saya Nak Pastikan Sudah Cukup Stabil’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Syahir Shafein percaya bahawa jodoh akan datang apabila dirinya bersedia untuk berumah tangga.

    Artikel Berkaitan: Target Kahwin Tahun Hadapan, Syahir Shafein Nak Cari Wanita Sopan Santun – ‘Kalau Dapat Tackle Mak Saya, Kira Lulus Lah Tu’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jodoh Telah Ditetapkan Tapi Allah Suruh Kita Usaha Cari Dengan Cara Yang Baik’ – Ustaz Adnin

    Tunda kahwin

    Syahir yang sebelum ini meletakkan sasaran untuk berumah tangga akui terpaksa ditunda ekoran jodoh yang belum tiba.

    Menurut Syahir, fokus utamanya untuk mengukuhkan karier sebagai anak seni selain mengumpul aset bagi kemudahan bakal isteri.

    Tahun ini saya banyak belajar tentang kerjaya dan hala tuju hidup. Kalau nak menuju ke fasa seterusnya, saya nak pastikan saya sudah cukup stabil.

    Saya tengah usaha untuk beli rumah pertama dan juga kereta impian.

    Itu antara wishlist utama saya sekarang. Bagi saya, sebelum fikir tentang kahwin, saya nak pastikan saya ada sesuatu untuk ditawarkan dan boleh beri keselesaan kepada bakal pasangan nanti.

    Tertekan

    Berkongsi lebih lanjut, Syahir akui tertekan dengan pertanyaan daripada pihak keluarga untuk mendirikan rumah tangga.

    Sejujurnya tekanan tu memang ada, lagi-lagi bila balik kampung. Mak cik dan pak cik akan tanya bila saya nak kahwin.

    Saya hanya mampu jawab saya sedang berusaha. Kadang-kadang orang tak nampak usaha kita, tapi kita terus doa dan cuba.

    Dalam pada itu, Syahir hanya mengikut peraturan tuhan tanpa tergesa-gesa dalam mencari jodoh.

    MENARIK:  RUU Pekerja Gig: Lindung Dulu, Bayar Kemudian, Perlindungan Sosial Untuk Era Digital

    The post Syahir Shafein Tunda Kahwin, Akui Tertekan Diaju Soal Kahwin – ‘Saya Nak Pastikan Sudah Cukup Stabil’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah