26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RUU Pekerja Gig: Lindung Dulu, Bayar Kemudian, Perlindungan Sosial Untuk Era Digital

    Shopee Sale

    Bayangkan seorang rider atau pemandu e-hailing yang setiap hari menempuh hujan, panas terik dan lalu-lintas sesak. Tapi kalau terjadi kemalangan, kebanyakan daripada mereka hanya dilindungi sekiranya caruman PERKESO telah dibayar. Jika caruman tertunggak, perlindungan tidak dapat dinikmati.

    Namun, situasi ini akan berubah dengan RUU Pekerja Gig 2025 yang diperkenalkan untuk memastikan pekerja gig di Malaysia tidak lagi tercicir daripada skim perlindungan keselamatan sosial.

    Nak tahu lebih lanjut? Jom kami kongsikan!

    Tak perlu lagi risau caruman tertunggak

    Melalui pendekatan baharu ini, pekerja gig akan diberikan perlindungan secara automatik sebaik sahaja mereka mula bekerja tanpa perlu menunggu caruman dibayar terlebih dahulu. Jika berlaku kemalangan semasa bertugas, mereka tetap layak membuat tuntutan serta-merta.

    Caruman pula akan ditolak secara automatik selepas pekerja menerima bayaran daripada platform masing-masing. Ini bermaksud tiada lagi isu caruman tertunggak atau proses rumit untuk mendaftar sendiri seperti sebelum ini.

    Berbeza dengan sistem sedia ada, yang memerlukan pekerja gig membuat bayaran caruman terlebih dahulu sebelum boleh menikmati perlindungan, RUU ini mengubah aliran proses tersebut.

    Kini, perlindungan akan diberi dahulu, manakala bayaran caruman akan dilakukan secara automatik selepas bayaran diterima oleh pekerja. Jika caruman tertunggak sekalipun, perlindungan tetap berjalan.

    Ini juga memudahkan pekerja kerana tiada lagi potongan manual, malah semuanya berlaku secara automatik untuk setiap transaksi.

    Siapa yang dilindungi?

    Kredit: Stock Image

    Kalau korang nak tahu, perlindungan ini bukan terhad kepada penghantar makanan atau pemandu e-hailing sahaja. Ia turut merangkumi mereka yang bekerja sebagai freelancer digital, pekerja kandungan, dan semua individu yang memperoleh pendapatan melalui platform digital.

    MENARIK:  Fatimah ‘The Family UK’ Alami Pendarahan Selepas Prosedur Pembedahan Biopsi

    Pendek kata, semua pekerja gig kini akan berada di bawah satu sistem perlindungan yang lebih adil dan mudah.

    Langkah ke hadapan untuk keselamatan sosial

    Kredit: PERKESO

    RUU Pekerja Gig ini membawa mesej jelas bahawa setiap individu yang bekerja, tanpa mengira status pekerjaan, wajar mendapat perlindungan keselamatan sosial.

    Ia juga menandakan usaha Malaysia untuk selari dengan negara-negara maju yang telah lama melindungi pekerja dalam sektor ekonomi gig.

    Dengan prinsip “Lindung Dulu, Bayar Kemudian”, tiada siapa yang akan dibiarkan tanpa bantuan apabila sesuatu yang tidak dijangka berlaku semasa bekerja.

    Kalau korang salah seorang yang bekerja dalam dunia gig, tak kisahlah rider, pemandu e-hailing atau freelancer, ini memang berita baik untuk masa depan korang.

    Nak tahu lebih lanjut pasal perlindungan ni? Korang boleh terus layari laman rasmi PERKESO di perkeso.gov.my.

    #PERKESOLINDUNGSemua 
    #iLINDUNGu
    #pekerjagig

    The post RUU Pekerja Gig: Lindung Dulu, Bayar Kemudian, Perlindungan Sosial Untuk Era Digital first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah