Pelakon, Haziq Hussni menyifatkan watak Adeef yang dilakonkannya dalam drama Sesaat Lebih sebagai antara karakter paling mencabar pernah dibawakan sepanjang karier lakonannya.
Artikel Berkaitan: Haziq Hussni Enggan Komen Kemelut Antara Elly Mazlein & Jihan Muse – ‘Apa Yang Berlaku Saya Tak Ikut Campur’
Kabhi Khushi Kabhie Gham

Haziq berkata, karakter Adeef yang merupakan seorang busker dan bekerja dalam bidang IT mewakili golongan rakyat biasa yang terpaksa melakukan dua pekerjaan demi meneruskan kehidupan.
Adeef ni seorang busker, tapi pada waktu pagi dia kerja IT. Dia buat dua kerja sehari dan itu memang realiti yang dekat dengan kehidupan ramai orang sekarang.
Mak ayah Adeef ni tak ambil peduli pasal dia. Jadi bila cuti, dia tak tahu nak balik mana. Itu yang buat dia rasa kosong dan hilang arah.
Drama Sesaat Lebih mengetengahkan tema penyembuhan emosi atau healing, di mana Adeef digambarkan cuba menenangkan diri dan mencari peluang kedua selepas kehilangan sahabat baiknya.
Mengulas cabaran lakonan, Haziq mengakui watak Adeef menuntut kawalan emosi yang tinggi kerana karakternya mempunyai perasaan yang bercampur-baur.
Adeef ni bukan satu emosi saja. Sekejap dia kelakar, sekejap sedih, lepas tu marah dan kemudian tenang. Dia memang ‘mix feeling’.
Scene pertama saya shoot terus menangis. Masa tu memang fikir, macam mana nak buat ni?.
Bagi mendapatkan emosi sedih yang tepat, Haziq mendedahkan dia mengambil inisiatif menonton beberapa klip video menyentuh perasaan, termasuk adegan daripada filem Bollywood terkenal Kabhi Khushi Kabhie Gham.
Saya tengok scene dalam Kabhi Khushi Kabhie Gham, yang melibatkan hubungan anak dengan bapa. Dari situ saya cuba untuk dapatkan mood sedih tu.
Adeef ni menangis bila dia sorang-sorang dalam bilik. Dia tak menangis depan orang. Jadi saya kena tunjukkan cara lelaki menangis yang senyap dan terkawal.
Selain Haziq, Sesaat Lebih terbitan Viu Malaysia turut menampilkan Nabila Razali, Alvn dan ramai lagi.
The post ‘Saya Tengok Kabhi Khushi Kabhie Gham Untuk Dapatkan Mood Sedih’ – Haziq Hussni first appeared on OHBULAN!.





