30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya & Dia Sama, Salah Pilih Pasangan’ – Vida Sifatkan Azar Azmi Lurus, Sentiasa Bersangka Baik

    Shopee Sale

    Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mendedahkan dia sebenarnya sudah tergerak hati untuk membantu Azar Azmi sebelum nama pelakon itu kembali tular.

    Artikel Berkaitan: Abiejam Nafi Dakwaan ‘Tunggang’ Isu Azar Azmi, Terima Teguran Vida – ‘Pasal Duit RM40,000 Tu Saya Memang Tak Tahu’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Jarang Upah Jurusolek, Lebih Selesa Mekap Sendiri – ‘Dulu Saya Mak Andam..15 Minit Dah Boleh Siap’

    Vida kagum dengan Azar Azmi

    Ketika ditemui , Vida atau nama lengkapnya Datuk Seri Hasmiza Othman, 55, berkata dia seolah-olah mendapat ‘isyarat’ lebih awal selepas terlihat drama Azar di TikTok.

    Menurut Vida, perasaan itu membuatkan dia ingin mencari pelakon itu dan merancang untuk bertemu serta melakukan siaran langsung bersama.

    Sebenarnya saya ada signal, sixth sense sebenarnya. Sebelum viral, saya ada tertengok drama Azar dekat TikTok. Kemudian saya terus nak cari dia ajak buat live.

    Berkongsi lanjut, Vida menyifatkan keperibadian Azar sebagai antara faktor utama mengapa rezekinya kembali mencurah. Malah, Vida turut mengagumi kesabaran Azar yang menempuhi kehidupan berumah tangga yang penuh cabaran selain membesarkan anak yang hiperaktif.

    Bila tengok Azar, sejujurnya saya rasa dia seorang yang lurus bendul. Dia ikut saja dan dia selalu berprasangka baik. Dia ‘cool’, dia tak pernah fikir buruk.

    Saya pun tengok dia ada anak hyperactive. Saya rasa dia seorang yang sangat penyabar.

    Dalam pada itu, Vida turut mengakui dia dan Azar mempunyai pengalaman hidup hampir sama dalam memilih pasangan.

    Melihat kesedihan Azar, dia juga seperti saya, pernah tersalah memilih pasangan dan tidak berfikir panjang.

    Berkongsi mengenai dia menghadiahkan telefon bimbit kepada Azar, Vida berkata ia merupakan salah satu cara untuk membantu pelakon itu menjana pendapatan sendiri secara dalam talian.

    Saya dapati bakat dia meniaga tu memang bagus. Maka saya belikan dia telefon untuk buat live, konten supaya dapat ramai follower dan berniaga.

    The post ‘Saya & Dia Sama, Salah Pilih Pasangan’ – Vida Sifatkan Azar Azmi Lurus, Sentiasa Bersangka Baik first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Sajak Karya Allahyarham Pak Lah Kembali Tular – ‘Aku Cari Bukan Harta Bertimbun’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah