29 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dia Tak Lupa Diri & Bukan Jenis Meminta, Saya Bangga’ – Aliff Syukri Puji Keperibadian Iqbal Zulkefli

    Shopee Sale

    Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman meluahkan rasa bangga melihat sahabatnya, Ahmad Iqbal Zulkefli yang kini berjaya membina kehidupan lebih baik.

    Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Satu Keluarga & 60 Pekerja Berangkat Tunai Umrah

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dulu Saya Kedekut Dengan Isteri, Hanya Beri Duit Cukup-Cukup Saja’ – Aliff Syukri

    Aliff Syukri, Iqbal dah 16 tahun kenal

    Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff Syukri berkata dia sudah mengenali Iqbal sejak lebih 16 tahun lalu ketika pemuda itu masih kecil, jauh sebelum namanya dikenali selepas bekerja bersama usahawan, Datuk Seri Vida.

    Saya kenal Iqbal Zulkefli ini masa dia kecil, budak lagi dah lebih 16 tahun sebelum dia kenal Datuk Vida lagi.

    Kalau datang rumah saya, mesti dia bawa buah tangan walaupun masa tu dia susah. Dia tak jenis meminta.

    Tambahnya, dia kagum apabila Iqbal tidak lupa diri meskipun sudah mengecapi kejayaan.

    Bila saya tahu dia kerja dengan Datuk Vida dan sekarang dah jutawan, saya gembira. Tak sangka percaturan Allah sampai boleh datang umrah sekali, live sama-sama. Dia tak lupa diri, saya bangga.

    Mak dia dah lama meninggal dan dengan ayah pun dia kurang akrab. 

    Dalam hantaran sama, Aliff turut mendoakan agar Iqbal terus berjaya dunia dan akhirat, selain mampu membantu lebih ramai insan yang memerlukan.

    Saya doakan Iqbal berjaya dunia akhirat. Korang doakanlah Iqbal biar berjaya, boleh tolong ramai orang susah dan bayar zakat banyak-banyak.

    Sumber: Instagram Aliff Syukri

    MENARIK:  Watie Hanifiah Kongsi Rasa Hiba, Shuib Beri Kata Semangat – ‘Sabar Itu Indah, Allah Tahu Yang Terbaik’

    The post ‘Dia Tak Lupa Diri & Bukan Jenis Meminta, Saya Bangga’ – Aliff Syukri Puji Keperibadian Iqbal Zulkefli first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah