31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Undi BN dapat PAS: Khairy bidas kempen ‘Islamofobia’ PH

    Shopee Sale

    PRN JOHOR l Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menuduh Pakatan Harapan (PH) menjalankan kempen "Islamofobia" dengan memberi amaran kepada pengundi Johor bahawa “undi BN dapat PAS”.

    Bercakap ketika berkempen untuk calon BN di Bukit Batu, Bukit Permai dan Senai hari ini, Khairy berkata BN bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 secara bersendirian dan menolak dakwaan yang mengaitkan gabungan itu dengan PAS.

    “Kononnya ada ‘gelombang hijau’, undi BN dapat PAS.

    “Ini satu bentuk undi (kempen) yang saya lihat agak Islamofobia, apalagi naratif itu keluar daripada menteri-menteri.

    “Saya nak bagi tahu BN tidak bergabung dengan siapa-siapa. Ini ‘gelombang biru’ akan dicetuskan pada 11hb (Julai) Sabtu ini,” katanya.

    Khairy turut menyatakan keyakinan terhadap peluang BN di tiga kerusi berkenaan dengan menyifatkan Bukit Batu, tempat calon MIC R Kumaran menentang penyandang daripada PH Arthur Chiong dan dua calon lain, sebagai salah satu sasaran utama gabungan itu. Pada PRN i sebelum ini., BN tewas di kerusi berkenaan dengan kurang 200 undi.

    Ketiga-tiga kerusi DUN itu terletak di bawah parlimen Kulai yang kini dipegang oleh Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching, yang juga timbalan menteri komunikasi.

    Di Bukit Permai, BN meletakkan penyandang Jafni Md Shukor yang merampas kerusi itu daripada Bersatu pada pilihan raya negeri lalu pada 2022.

    Khairy seterusnya mengakui bahawa calon BN di Senai, Kiki Tai berdepan persaingan paling sengit antara ketiga-tiga kawasan itu. Ini, memandangkan BN tewas di kerusi berkenaan dengan lebih 5,000 undi sebelum ini, namun mendakwa gabungan itu melihat sokongan yang lebih meluas daripada pengundi bukan Melayu kali ini.

    MENARIK:  Kes 1MDB: Najib didapati bersalah pertuduhan pecah amanah jenayah

    “Saya tahu bahawa Datuk Onn Hafiz dan BN mengharapkan sokongan padu dari semua kaum di Johor kerana kita nak mengukuhkan BN untuk semua.

    “Jadi saya harap rakyat tidak ditakutkan dengan kempen agak kotor dari Pakatan Harapan,” katanya.

    Pelbagai pemimpin PH dalam siri kempen di seluruh Johor membayangkan tentang rundingan yang didakwa berlaku antara Umno dan PAS — yang bertanding di 11 kerusi di bawah bendera Perikatan Nasional (PN) — untuk membentuk kerajaan negeri.

    Pemimpin tertinggi Umno dan BN mengulangi pendirian Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi untuk membentuk kerajaan secara solo, manakala Presiden PAS Abdul Hadi Awang semalam berkata partinya sedia menampung bagi membantu Umno mendapatkan jawatan menteri besar.

    Sementara itu, Onn Hafiz awal hari ini dilaporkan memberi jaminan kepada rakyat Johor bahawa PAS sama sekali tidak akan menjadi sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri jika BN berkuasa semula.

    Dia berkata, dakwaan PAS akan menjadi sebahagian kerajaan negeri hanyalah naratif politik bertujuan mengelirukan masyarakat Cina di Johor. Onn Hafiz turut menafikan telah bersetuju memperuntukkan jawatan Adun lantikan kepada PAS sebagai pertukaran untuk parti berkenaan bertanding 11 kerusi sahaja pada PRN.

    56 kerusi DUN menjadi rebutan pada Sabtu ini dengan majoriti mudah menubuhkan kerajaan adalah 29 kerusi. BN menang 40 DUN pada PRN lalu yang diadakan pada 2022.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah