29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Asia Championship 2025 Himpun Peninju, Artis & Pempengaruh Dalam Satu Arena!

    Shopee Sale

    Kejohanan tinju yang diberi nama Asia Championship 2025 yang bakal menampilkan sedikit kelainan apabila menggabungkan dua dunia berbeza iaitu dunia sukan dan dunia digital dalam satu arena.

    Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Disaran Tunjuk Contoh Yang Baik, Jangan Tampil Dengan Kandungan Berunsur Toksik

    Dua dunia berbeza bakal bertinju bersama

    View this post on Instagram

    A post shared by RN (@renofahlevy)

    Bakal berlangsung pada 18 Oktober ini, kejohanan tersebut pastinya akan menjadi lebih meriah apabila menampilkan gabungan artis, pempengaruh dan atlet dalam satu gelanggang.

    Sekaligus menjadikan ianya sebagai satu acara merentas sempadan fizikal dan maya, dengan keterlibatan aktif di platform media sosial.

    Menurut penganjurnya, Datuk Abdul Rahman Soltan, edisi kali ini bukan hanya menumpukan pada kekuatan fizikal semata-mata tetapi juga menonjolkan semangat kesukanan yang bakal ditunjukkan seluruh peserta secara digital.

    Asia Championship bukan sekadar satu pertembungan para peninju, tetapi satu pentas moden yang menyatukan semangat kesukanan dengan dunia digital.

    Kami mahu wujudkan satu budaya baharu di mana sukan bukan sahaja disaksikan, tetapi turut dikongsi, diikuti dan diraikan dalam alam media sosial.

    Sediakan latihan khusus

    Tambah Abdul Rahman, pihak Asia Championship akan menyediakan latihan khusus bagi setiap peserta sebagai persiapan mental dan fizikal mereka menjelang kejohanan.

    Semua peserta harus bersedia. Kami akan latih mereka bukan hanya untuk bertarung, tetapi juga membawa nilai-nilai disiplin, fokus dan tanggungjawab sebagai ikon sukan moden.

    Untuk edisi 2025, seramai 16 anak muda tempatan telah disahkan menyertai kejohanan dalam dua kategori dan pihak penganjur kini sedang dalam perbincangan untuk menambah kategori dan peserta yang berminat.

    Permohonan masih dibuka. Ini bukan semata-mata untuk cari siapa paling kuat, tetapi untuk membangunkan semangat sukan dan disiplin dalam kalangan anak muda kita.

    Dijangka menjadi medan baharu bagi mengangkat sukan tempur ke tahap lebih tinggi, Asia Championship 2025 bukan sahaja memberi tumpuan kepada prestasi, tetapi juga pengaruh digital, pengisian kandungan dan keterlibatan komuniti.

    MENARIK:  Azrinaz Mengucapkan Dedikasi Hari Lahir Kepada Puteri Ameerah – ‘Saya Sentiasa Bersama Awak..’

    Untuk maklumat lanjut atau penyertaan, anda boleh hubungi pihak urusetia di talian +60 11-3336 1885 (Bakhtiar) atau +60 11-3794 3779 (Rey).

    The post Asia Championship 2025 Himpun Peninju, Artis & Pempengaruh Dalam Satu Arena! first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah